Persepsi atlet terhadap gaya tingkah laku kepimpinan jurulatih bola sepak sekolah yang digemari dengan gaya tingkah laku kepimpinan sebenar jurulatih bola sepak di daerah Alor Gajah, Melaka

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dari segi persepsi atlet terhadap gaya kepimpinan jurulatih bola sepak sekolah yang digemari dengan gaya kepimpinan sebenar jurulatih bola sepak di Daerah Alor Gajah. Kajian ini melibatkan semua pemain, iaitu seram...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Govindan, Jaya Kumaran, Soh, Kim Geok, Yusof, Aminuddin, Omar Fauzee, Mohd Sofian
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaysia Pahang 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27432/1/Persepsi%20atlet%20terhadap%20gaya%20tingkah%20laku%20kepimpinan%20jurulatih%20bola%20sepak%20sekolah%20yang%20digemari%20dengan%20gaya%20tingkah%20laku%20kepimpinan%20sebenar%20jurulatih%20bola%20sepak%20di%20daerah%20Alor%20Gajah%2C%20Melaka.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27432/
http://mohejournal.com/index.php/mohe/article/view/276
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dari segi persepsi atlet terhadap gaya kepimpinan jurulatih bola sepak sekolah yang digemari dengan gaya kepimpinan sebenar jurulatih bola sepak di Daerah Alor Gajah. Kajian ini melibatkan semua pemain, iaitu seramai 190 pemain bola sepak pasukan sekolah yang berumur di bawah umur 18 tahun yang telah menyertai Pertandingan Bola Sepak antara Zon Peringkat Daerah Alor Gajah. Instrumen Leadership Scale for Sports (LSS) yang dibangunkan oleh Chelladurai & Saleh (1980) telah digunakan untuk mengumpul data. Soal selidik ini terdiri daripada 40 item yang telah diedarkan kepada pemain bola sepak. Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya kepimpinan yang paling digemari oleh atlet ialah tingkah laku latihan dan arahan (min=3.29) dan tingkah laku demokratik (min=3.20), manakala, dimensi tingkah laku autokratik adalah gaya kepimpinan yang paling tidak digemari (min=2.97). Gaya kepimpinan sebenar jurulatih ialah tingkah laku latihan dan arahan (min=4.49), diikuti dengan tingkah laku demokratik (4.40), maklum balas positif (min=4.40), sokongan sosial (min=4.35), dan tingkah laku autokratik (min=4.20). Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam semua dimensi tingkah laku jurulatih yang digemari dan sebenar kecuali tingkah laku autokratik. Nilai-t yang diperolehi adalah t (187) =3.18, p=0.002.