UPM lantik CENSOF komersial perisian E-Claim untuk pengurusan kewangan

SERDANG, 20 Jan (UPM) – Universiti Putra Malaysia (UPM) melantik syarikat swasta Century Software (Mm) Sdn Bhd (CENSOF) untuk promosi dan pemasaran perisian E-Claim yang dibangunkannya bagi menyokong pengurusan kewangan. Berikutan itu satu perjanjian dimeterai menerusi satu perjanjian ditandatangani...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia 2014
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27285/1/UPM%20lantik%20CENSOF%20komersial%20perisian%20E-Claim%20untuk%20pengurusan%20kewangan.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27285/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:SERDANG, 20 Jan (UPM) – Universiti Putra Malaysia (UPM) melantik syarikat swasta Century Software (Mm) Sdn Bhd (CENSOF) untuk promosi dan pemasaran perisian E-Claim yang dibangunkannya bagi menyokong pengurusan kewangan. Berikutan itu satu perjanjian dimeterai menerusi satu perjanjian ditandatangani oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan, Bursar UPM, Zulkiflee Othman, manakala Pengarah Kumpulan Urusan CENSOF, Datuk Samsul Husin dan Pengarah Eksekutif CENSOF, Ahmad Zaki Ahmad Maher di sini pada 16 Januari lalu. Kedua-dua pihak bersetuju memperkukuhkan aktiviti promosi sistem E-Claim dimana CENSOF berperanan mewujudkan rancangan dan strategi pemasaran bagi tujuan untuk mendapatkan peluang penjualan atau penggunaan produk E-Claim. CENSOF juga akan memberikan kepakaran teknikal meliputi rekabentuk dan implementasi perisian pembangunan dan perundingan kepada pelanggan. UPM pula berperanan dalam memberi penerangan mengenai produk kepada bakal pelanggan setelah mereka menandatangani perjanjian dengan CENSOF. Di bawah perjanjian itu, CENSOF akan membayar royalti kepada UPM di mana perisian E-Claim telah dibangunkan dan harta intelek dipegang oleh Pejabat Bendahari, UPM. Perisian sistem E-Claim itu telah dibangunkan oleh UPM untuk penyokong pengurusan kewangan UPM setelah CENSOF dilantik untuk membantunya. Kerjasama antara UPM dan CENSOF ini telah dimeterai melalui memorandum persefahaman (MoU) tahun lalu