Pengaruh penggunaan komputer ke atas masa komunikasi keluarga dalam kalangan keluarga petani di Malaysia dari perspektif teori pola komunikasi keluarga

Penggunaan komputer sering digambarkan oleh sekumpulan sarjana mempunyai kesan ke atas corak interaksi dalam keluarga, dan dikatakan telah mengurangkan masa komunikasi anak-anak dengan ibu bapa. Senario ini telah menyebabkan proses interaksi antara ahli-ahli keluarga, terutamanya antara anak-anak da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hassan, Haniff
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27215/1/FBMK%202011%2035R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27215/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.27215
record_format eprints
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
Malay
description Penggunaan komputer sering digambarkan oleh sekumpulan sarjana mempunyai kesan ke atas corak interaksi dalam keluarga, dan dikatakan telah mengurangkan masa komunikasi anak-anak dengan ibu bapa. Senario ini telah menyebabkan proses interaksi antara ahli-ahli keluarga, terutamanya antara anak-anak dan ibu bapa terganggu, dan sedikit sebanyak memberi kesan kepada proses penyampaian maklumat daripada ibu bapa kepada anak-anak, dan menjejaskan harapan ibu bapa supaya anak-anak mengikut jejak mereka dalam meneroka kehidupan, dan mencipta kegemilangan baik dalam apa jua bidang yang menjanjikan kehidupan yang lebih sempurna. Pada masa yang sama, terdapat sekumpulan sarjana yang lain pula berpendapat bahawa penggunaan komputer tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada interaksi dalam keluarga. Kedua-dua kumpulan sarjana ini tidak cuba meneroka pengaruh penggunaan komputer daripada perspektif teori berkaitan keluarga, dan justeru itu, kajian ini telah cuba meneroka fenomena pengaruh penggunaan komputer ini daripada perspektif teori pola komunikasi keluarga. Kaedah penyelidikan yang diamalkan dalam kajian ini adalah pendekatan kuantitatif, dan keluarga petani telah dipilih sebagai subjek kajian, untuk mengetahui sama ada masa komunikasi antara ibu bapa, dengan anak-anak berlaku dengan aktif, kerana proses komunikasi yang aktif berupaya menimbulkan kefahaman dan minat dalam kalangan anak-anak untuk menceburi bidang pertanian seperti yang digalakkan oleh kerajaan Malaysia. Kaedah pensampelan yang diaplikasikan dalam kajian ini adalah pensampelan bertujuan kerana tidak wujud rekod rasmi mengenai pemilikan dan penggunaan komputer, dan jumlah sampel yang terpilih adalah sejumlah 460 buah keluarga petani sahaja, yang terlibat dalam tanaman getah, padi, dan kelapa sawit, di Negeri Sembilan, Perlis, Terengganu, dan Selangor. Setiap keluarga yang menjadi sampel, diwakili oleh dua orang subjek iaitu anak, dan ibu atau bapa mereka. Walau bagaimanapun cuma sejumlah 214 buah keluarga sahaja terpilih dalam analisis kajian berdasarkan keperluan pemilikan komputer dan juga jawapan yang lengkap khususnya yang melibatkan pemboleh ubah yang dikaji. Kajian ini hanya melibatkan empat pemboleh ubah iaitu; [1] Penggunaan komputer; [2] Masa komunikasi dengan ibu bapa; dan dua dimensi teori pola komunikasi keluarga, iaitu [3] Orientasi Perbualan; dan [4] Orientasi Keakuran. Penganalisisan data dilaksanakan melalui pendekatan Model Persamaan Struktur (Structure Equation Modeling – SEM) dengan menggunakan perisian Amos (Analysis of Moments Structures) Versi 16.0, dengan set data disimpan dalam fail format SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan komputer tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan masa komunikasi dengan keluarga. Malah setelah diuji pengaruh pengantaraan penggunaan komputer ke atas hubungan orientasi perbualan, dan orientasi keakuran dengan masa komunikasi dengan ibu bapa, juga tidak wujud unsur signifikan dalam hubungan ini. Pengaruh penyederhanaan penggunaan komputer ke atas hubungan orientasi perbualan dan orientasi keakuran ke atas masa komunikasi dengan ibu bapa, juga diuji, dan dapatan kajiannya juga tidak signifikan. Walau bagaimanapun, penggunaan komputer didapati mempunyai perkaitan yang negatif dengan orientasi keakuran. Dapatan kajian telah mengesahkan bahawa penggunaan komputer tidak mempunyai pengaruh ke atas masa komunikasi dalam keluarga, dan daripada perspektif teori pola komunikasi keluarga pula, orientasi keakuran yang menekankan konsep ketaatan dan kehomogenan dalam keluarga berupaya mengawal penggunaan komputer tanpa menjejaskan masa komunikasi dalam keluarga.
format Thesis
author Hassan, Haniff
spellingShingle Hassan, Haniff
Pengaruh penggunaan komputer ke atas masa komunikasi keluarga dalam kalangan keluarga petani di Malaysia dari perspektif teori pola komunikasi keluarga
author_facet Hassan, Haniff
author_sort Hassan, Haniff
title Pengaruh penggunaan komputer ke atas masa komunikasi keluarga dalam kalangan keluarga petani di Malaysia dari perspektif teori pola komunikasi keluarga
title_short Pengaruh penggunaan komputer ke atas masa komunikasi keluarga dalam kalangan keluarga petani di Malaysia dari perspektif teori pola komunikasi keluarga
title_full Pengaruh penggunaan komputer ke atas masa komunikasi keluarga dalam kalangan keluarga petani di Malaysia dari perspektif teori pola komunikasi keluarga
title_fullStr Pengaruh penggunaan komputer ke atas masa komunikasi keluarga dalam kalangan keluarga petani di Malaysia dari perspektif teori pola komunikasi keluarga
title_full_unstemmed Pengaruh penggunaan komputer ke atas masa komunikasi keluarga dalam kalangan keluarga petani di Malaysia dari perspektif teori pola komunikasi keluarga
title_sort pengaruh penggunaan komputer ke atas masa komunikasi keluarga dalam kalangan keluarga petani di malaysia dari perspektif teori pola komunikasi keluarga
publishDate 2011
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27215/1/FBMK%202011%2035R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27215/
_version_ 1643829119178244096
spelling my.upm.eprints.272152014-01-16T06:35:23Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27215/ Pengaruh penggunaan komputer ke atas masa komunikasi keluarga dalam kalangan keluarga petani di Malaysia dari perspektif teori pola komunikasi keluarga Hassan, Haniff Penggunaan komputer sering digambarkan oleh sekumpulan sarjana mempunyai kesan ke atas corak interaksi dalam keluarga, dan dikatakan telah mengurangkan masa komunikasi anak-anak dengan ibu bapa. Senario ini telah menyebabkan proses interaksi antara ahli-ahli keluarga, terutamanya antara anak-anak dan ibu bapa terganggu, dan sedikit sebanyak memberi kesan kepada proses penyampaian maklumat daripada ibu bapa kepada anak-anak, dan menjejaskan harapan ibu bapa supaya anak-anak mengikut jejak mereka dalam meneroka kehidupan, dan mencipta kegemilangan baik dalam apa jua bidang yang menjanjikan kehidupan yang lebih sempurna. Pada masa yang sama, terdapat sekumpulan sarjana yang lain pula berpendapat bahawa penggunaan komputer tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada interaksi dalam keluarga. Kedua-dua kumpulan sarjana ini tidak cuba meneroka pengaruh penggunaan komputer daripada perspektif teori berkaitan keluarga, dan justeru itu, kajian ini telah cuba meneroka fenomena pengaruh penggunaan komputer ini daripada perspektif teori pola komunikasi keluarga. Kaedah penyelidikan yang diamalkan dalam kajian ini adalah pendekatan kuantitatif, dan keluarga petani telah dipilih sebagai subjek kajian, untuk mengetahui sama ada masa komunikasi antara ibu bapa, dengan anak-anak berlaku dengan aktif, kerana proses komunikasi yang aktif berupaya menimbulkan kefahaman dan minat dalam kalangan anak-anak untuk menceburi bidang pertanian seperti yang digalakkan oleh kerajaan Malaysia. Kaedah pensampelan yang diaplikasikan dalam kajian ini adalah pensampelan bertujuan kerana tidak wujud rekod rasmi mengenai pemilikan dan penggunaan komputer, dan jumlah sampel yang terpilih adalah sejumlah 460 buah keluarga petani sahaja, yang terlibat dalam tanaman getah, padi, dan kelapa sawit, di Negeri Sembilan, Perlis, Terengganu, dan Selangor. Setiap keluarga yang menjadi sampel, diwakili oleh dua orang subjek iaitu anak, dan ibu atau bapa mereka. Walau bagaimanapun cuma sejumlah 214 buah keluarga sahaja terpilih dalam analisis kajian berdasarkan keperluan pemilikan komputer dan juga jawapan yang lengkap khususnya yang melibatkan pemboleh ubah yang dikaji. Kajian ini hanya melibatkan empat pemboleh ubah iaitu; [1] Penggunaan komputer; [2] Masa komunikasi dengan ibu bapa; dan dua dimensi teori pola komunikasi keluarga, iaitu [3] Orientasi Perbualan; dan [4] Orientasi Keakuran. Penganalisisan data dilaksanakan melalui pendekatan Model Persamaan Struktur (Structure Equation Modeling – SEM) dengan menggunakan perisian Amos (Analysis of Moments Structures) Versi 16.0, dengan set data disimpan dalam fail format SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan komputer tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan masa komunikasi dengan keluarga. Malah setelah diuji pengaruh pengantaraan penggunaan komputer ke atas hubungan orientasi perbualan, dan orientasi keakuran dengan masa komunikasi dengan ibu bapa, juga tidak wujud unsur signifikan dalam hubungan ini. Pengaruh penyederhanaan penggunaan komputer ke atas hubungan orientasi perbualan dan orientasi keakuran ke atas masa komunikasi dengan ibu bapa, juga diuji, dan dapatan kajiannya juga tidak signifikan. Walau bagaimanapun, penggunaan komputer didapati mempunyai perkaitan yang negatif dengan orientasi keakuran. Dapatan kajian telah mengesahkan bahawa penggunaan komputer tidak mempunyai pengaruh ke atas masa komunikasi dalam keluarga, dan daripada perspektif teori pola komunikasi keluarga pula, orientasi keakuran yang menekankan konsep ketaatan dan kehomogenan dalam keluarga berupaya mengawal penggunaan komputer tanpa menjejaskan masa komunikasi dalam keluarga. 2011-06 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27215/1/FBMK%202011%2035R.pdf Hassan, Haniff (2011) Pengaruh penggunaan komputer ke atas masa komunikasi keluarga dalam kalangan keluarga petani di Malaysia dari perspektif teori pola komunikasi keluarga. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia. Malay
score 13.160551