Persidangan gaharu antarabangsa memacu saintis UPM mendalami penyelidikan

SERDANG, 24 Dis (UPM) –Gaharu, agarwood, aloewood atau biar apa pun nama yang diberi kepadanya, namun bahan ini tetap terkenal dengan keharumannya yang luar biasa hingga ada orang mengangapnya sebagai “keharuman dari syurga”. Baunya yang begitu harum juga menyebabkn pelayar pada zaman dahulu kala sa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Malay
Published: Universiti Putra Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27134/1/Persidangan%20gaharu%20antarabangsa%20memacu%20saintis%20UPM%20mendalami%20penyelidikan.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27134/
http://www.upm.edu.my/berita/details/gaharubm
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:SERDANG, 24 Dis (UPM) –Gaharu, agarwood, aloewood atau biar apa pun nama yang diberi kepadanya, namun bahan ini tetap terkenal dengan keharumannya yang luar biasa hingga ada orang mengangapnya sebagai “keharuman dari syurga”. Baunya yang begitu harum juga menyebabkn pelayar pada zaman dahulu kala sanggup menempuh badai dan taufan untuk mencari gaharu. Hakikatnya, keistimewaan serta daya tarikan gaharu terus memikat hati manusia sejak dulu hingga kini. Malah, permintaan terhadapnya juga amat tinggi, hinggakan pokok yang menghasilkan gaharu, khususnya dari spesies Aquilaria (dikenali sebagai karas di Malaysia) yang tumbuh liar di hutan belantara, kini disenaraikan di dalam Lampiran II Konvensyen Mengenai Pemerdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES) sejak 1995. Permintaan yang begitu tinggi terhadap gaharu hingga menjadikannya suatu tradisi masyarakat antarabangsa sejak zaman berzaman adalah kerana keharumannya yang dikatakan mampu mewujudkan suasana tenang dan sejahtera serta boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dan menyucikan jiwa.