Profesor Veterinar UPM diberi penghormatan oleh rakan sekerjaya seantero dunia

SERDANG, 15 Okt (UPM) -- Seorang Profesor Perubatan Avian, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diberi penghormatan oleh Persatuan Veterinar Poltri Sedunia (World Veterinary Poultry Association-WVPA) yang menghubungkan saintis poltri daripada seluruh dunia. Profesor Datin Paduka Dr Aini Ideris...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26917/1/Profesor%20Veterinar%20UPM%20diberi%20penghormatan%20oleh%20rakan%20sekerjaya%20seantero%20dunia.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26917/
http://www.upm.edu.my/berita/details/profesorperubataveterinarbm
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:SERDANG, 15 Okt (UPM) -- Seorang Profesor Perubatan Avian, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diberi penghormatan oleh Persatuan Veterinar Poltri Sedunia (World Veterinary Poultry Association-WVPA) yang menghubungkan saintis poltri daripada seluruh dunia. Profesor Datin Paduka Dr Aini Ideris dilantik oleh Badan Eksekutif WVPA menjadi anggota ulung Balai Penghormatan (Hall of Honour) persatuan itu. WVPA telah wujud sejak 54 tahun yang lalu dan hanya 52 individu telah dipilih untuk anugerah unggul itu. Prof Aini, Timbalan Naib Canselor UPM (Akademik dan Antarabangsa) telah secara rasminya menerima `Testamur’ pelantikan tersebut daripada Presiden WVPA, Dr. Trevor J. Bagust, semasa sidang Kongres WVPA di Nantes, Perancis pada 22 Ogos 2013. “Keahlian Balai Penghormatan WVPA adalah untuk pakar veterinar poltri/saintis veterinar poltri yang memberi sumbangan kepada WVPA dan pengurusan kesihatan penternakan poltri sedunia yang diiktiraf oleh rakan-rakan sekerjaya mereka sebagai cemerlang,” kata Dr Bagust dalam suratnya kepada Prof Aini berhubung pelantikan beliau ke Balai Penghormatan itu pada Mac yang lalu.