UPM tawar program asasi untuk lulusan SPM ikuti pengajian di universiti

SERDANG, 11 Okt (UPM) – Universiti Putra Malaysia (UPM) menawarkan program asasi untuk membolehkan lulusan SPM mengikuti pengajian di universiti ini selepas Tingkatan Lima. Pelajar-pelajar Tingkatan Lima yang menamatkan pendidikan menengah mereka dengan memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26915/1/UPM%20tawar%20program%20asasi%20untuk%20lulusan%20SPM%20ikuti%20pengajian%20di%20universiti.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26915/
http://www.upm.edu.my/berita/details/programasasiupmbm
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:SERDANG, 11 Okt (UPM) – Universiti Putra Malaysia (UPM) menawarkan program asasi untuk membolehkan lulusan SPM mengikuti pengajian di universiti ini selepas Tingkatan Lima. Pelajar-pelajar Tingkatan Lima yang menamatkan pendidikan menengah mereka dengan memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) biasanya mempunyai pilihan menyiapkan diri untuk kemasukan ke universiti dengan terus mengikuti program matrikulasi setahun atau belajar di peringkat sekolah menengah atas selama dua tahun bagi mendapatkan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Program Asasi Sains Pertanian, adalah satu lagi laluan ke universiti untuk mendapatkan ijazah Bacelor bagi pelajar-pelajar Tingkatan Lima itu. Program ini adalah adalah satu program Asasi Sains dengan kursus tambahan dalam bidang pertanian. Ada dua cara untuk menyertainya, laluan pantas dan arus perdana. Program laluan pantas bermula pada Januari dan berakhir pada Ogos tahun yang sama manakala arus perdana bermula pada Mei dan tamat pada Mei tahun berikutnya.