Tahap penglibatan komuniti Orang Asli dalam pembangunan komuniti di Semenanjung Malaysia

Penglibatan Orang Asli dalam pembangunan masih menjadi isu. Sebagai kumpulan minoriti mereka sering dianggap ketinggalan dalam proses pembangunan komuniti. Paksi kepada proses pembangunan komuniti adalah penglibatan. Menerusi penglibatan, (ahli) komuniti dapat membentuk keupayaan mereka dan sekali g...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Salim, Sara Shakilla, Abu Samah, Asnarulkhadi
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknikal Malaysia Melaka 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/24358/1/Tahap%20penglibatan%20komuniti%20Orang%20Asli%20dalam%20pembangunan%20komuniti%20di%20Semenanjung%20Malaysia.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/24358/
http://journal.utem.edu.my/index.php/jhcd/article/view/2319
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penglibatan Orang Asli dalam pembangunan masih menjadi isu. Sebagai kumpulan minoriti mereka sering dianggap ketinggalan dalam proses pembangunan komuniti. Paksi kepada proses pembangunan komuniti adalah penglibatan. Menerusi penglibatan, (ahli) komuniti dapat membentuk keupayaan mereka dan sekali gus membina pendayaupayaan komuniti. Kajian ini meneliti perkara asas dalam proses pembangunan iaitu meninjau sejauh mana komuniti Orang Asli terlibat dalam menyertai bengkel atau kursus serta penglibatan mereka memberi cadangan dan membuat keputusan dalam hal ehwal kehidupan mereka dalam pelbagai konteks dan peringkat. Seramai 319 orang ketua keluarga terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada kaum Senoi, Melayu Proto dan Negrito. Hasil kajian menunjukkan tahap penglibatan dalam pembangunan komuniti bagi ketiga-tiga kaum berada pada tahap yang rendah. Walaupun demikian sudah terdapat petunjuk bahawa komuniti Orang Asli sudah sedar pentingnya mereka terlibat sama dalam memberi cadangan dan membuat keputusan yang berkaitan dengan hidup mereka. Peluang masih terbuka luas untuk agensi pembangunan meningkatkan usaha dan mengubah pendekatan membawa perubahan kepada kumpulan minoriti ini supaya mereka lebih tertarik mahu melibatkan dalam proses pembangunan, sehingga akhirnya membentuk menjadi komuniti yang berdaya upaya.