Faktor Determinan Kesihatan Terhadap Pengawalan Diabetes dalam Kalangan Pesakit Diabetes Jenis 2 di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

Diabetes merupakan penyakit kronik yang boleh menjejaskan kesejahteraan kehidupan manusia berdasarkan dari morbiditi dan mortaliti yang tinggi. Di Malaysia, dilaporkan seramai 1,492,665 orang menghidap diabetes (NHMS., 2006). Oleh itu, satu kajian keratan rentas dilakukan untuk menentukan faktor-fak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Hasimah
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/21411/1/FPSK%28m%29_2010_29_R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/21411/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.21411
record_format eprints
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
Malay
description Diabetes merupakan penyakit kronik yang boleh menjejaskan kesejahteraan kehidupan manusia berdasarkan dari morbiditi dan mortaliti yang tinggi. Di Malaysia, dilaporkan seramai 1,492,665 orang menghidap diabetes (NHMS., 2006). Oleh itu, satu kajian keratan rentas dilakukan untuk menentukan faktor-faktor determinan kesihatan dan prediktor terbaik terhadap pengawalan diabetes dalam kalangan pesakit Diabetes jenis 2 di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur. Prevalens terkawal dan tidak terkawal Diabetes ditentukan berdasarkan tahap glycosylated hemoglobin (HbA1c) pesakit. Bagi tujuan kajian ini, definasi terkawal adalah pesakit diabetes yang mempunyai tahap HbA1c < 6.5% dan tidak terkawal jika tahap HbA1c ≥ 6.5% dalam tempoh 3 bulan. Kriteria responden kajian ini ialah pesakit Diabetes jenis 2, warganegara Malaysian, berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima rawatan diabetes sekurang-kurangnya satu tahun. Borang soal selidik dibentuk dan diprauji telah digunakan sebagai alat pengumpulan data. Semua pesakit Diabetes yang mendaftar dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur dan memenuhi kriteria kajian diambil sebagai sampel. Kajian dilaksanakan dari 1 Julai hingga 31 December 2009. Pengumpulan data dilakukan melalui temuramah bersemuka dan merujuk rekod perubatan pesakit. Sebanyak 307 data responden telah dianalisis yang merupakan 89% kadar respon. Analisis secara deskriptif, ujian t. ujian khi kuasa dua dan ujian regrasi logistik pelbagai telah dilakukan menggunakan perisian SPSS versi 17.0. Majoriti pesakit Diabetes jenis 2 adalah berbangsa Melayu (79.5%), perempuan (61.9%), berkahwin (77.2%) dan tahap pendidikan tamat sekolah menengah (49.5%). Purata umur ialah 56.9+ sd.9.5 tahun dan median indeks jisim tubuh (IJT) ialah 28.5m2/kg (julat IJT, 25.5 - 31.5 m2/kg). Kajian mendapati hanya (27%) HbA1c terkawal manakala (73%) tidak terkawal, dengan median HbA1c adalah tinggi iaitu 7.4 (dengan julat 6.4 - 9.1%). Hasil kajian menunjukkan hanya faktor umur (p=0.045), bilangan isi rumah (p=0.014) dan pekerjaan (p=0.039) mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengawalan HbA1c (p≤0.05). Analisis bivariat kajian mendapati tekanan darah diastolik (2=6.50, p=0.011) dan glukosa dalam darah tidak puasa (2=35.027, p≤0.001) mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengawalan HbA1c (p≤0.05). Manakala analisis bivariat kajian ke atas faktor determinan berkaitan kefahaman diabetes (t=-2.105, p=0.036), jenis rawatan diabetes (2=42.940, p≤0.001) dan bilangan ubat atau insulin yang diambil untuk mengubati diabetes (2=25.876, p≤0.001) mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengawalan diabetes. Analisis kajian menggunakan model regrasi logistik pelbagai ke atas faktor determinan, mendapati nisbah mungkin bagi pengawalan Diabetes jenis 2 terdapat pada faktor bilangan isi rumah di mana responden yang mempunyai bilangan isi rumah yang kurang atau sama dengan 5 orang, mempunyai 2.6 kali kemungkinan lebih tinggi untuk mempunyai HbA1c terkawal berbanding dengan isi rumah lebih dari 5 orang (Ratio Odd/OD = 2.566). Analisis model regrasi logistik pelbagai juga mendapati responden yang mempunyai glukosa dalam darah tidak puasa kurang atau sama dengan 8.0 mmol/L, adalah 3.6 kali lebih tinggi kemungkinan mempunyai HbA1c terkawal berbanding dengan glukosa dalam darah tidak puasa yang lebih besar dari 8.0mmol/L (OD= 3.556 ). Bagi responden yang makan di luar termasuk membawa pulang, analisis regrasi logistik pelbagai mendapati responden yang makan 4 hingga 6 kali seminggu adalah 0.2 kali kurang kemungkinan mempunyai HbA1c terkawal berbanding dengan yang tidak pernah melakukan amalan makan tersebut (OD= 0.230). Responden yang kadang-kadang makan di luar termasuk bawa balik dalam seminggu adalah 0.4 kali kurang kemungkinan mempunyai HbA1c terkawal berbanding yang tidak pernah (OD= 0.397). Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa majoriti pesakit Diabetes jenis 2 di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak Cheras mempunyai tahap pengawalan diabetes yang tidak baik. Faktor pengawalan glukosa tidak berpuasa yang buruk dan isi rumah yang besar ada lah determinan pengawalan diabetes yang penting. Berkemungkinan besat, tingkah laku dan amalan pengambilan makanan di luar oleh pesakit diabetes jenis 2 memainkan peranan penting dalam pengawalan diabetes yang memerlukan kasjian lanjut. Penjagaan diabetes yang lebih berkesan perlu dilaksanakan dengan mengambil kira faktor tersebut di klinik kesihatan ini. Strategi yang memberi penekanan yang sesuai kepada pengesanan dan langkah pencegahan awal, kualiti pengurusan pesakit serta kepatuhan rawatan diabetes perlu ditingkatkan
format Thesis
author Ismail, Hasimah
spellingShingle Ismail, Hasimah
Faktor Determinan Kesihatan Terhadap Pengawalan Diabetes dalam Kalangan Pesakit Diabetes Jenis 2 di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
author_facet Ismail, Hasimah
author_sort Ismail, Hasimah
title Faktor Determinan Kesihatan Terhadap Pengawalan Diabetes dalam Kalangan Pesakit Diabetes Jenis 2 di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
title_short Faktor Determinan Kesihatan Terhadap Pengawalan Diabetes dalam Kalangan Pesakit Diabetes Jenis 2 di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
title_full Faktor Determinan Kesihatan Terhadap Pengawalan Diabetes dalam Kalangan Pesakit Diabetes Jenis 2 di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
title_fullStr Faktor Determinan Kesihatan Terhadap Pengawalan Diabetes dalam Kalangan Pesakit Diabetes Jenis 2 di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
title_full_unstemmed Faktor Determinan Kesihatan Terhadap Pengawalan Diabetes dalam Kalangan Pesakit Diabetes Jenis 2 di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
title_sort faktor determinan kesihatan terhadap pengawalan diabetes dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2 di klinik kesihatan bandar tun razak, kuala lumpur
publishDate 2010
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/21411/1/FPSK%28m%29_2010_29_R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/21411/
_version_ 1643827554469019648
spelling my.upm.eprints.214112013-05-27T08:16:48Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/21411/ Faktor Determinan Kesihatan Terhadap Pengawalan Diabetes dalam Kalangan Pesakit Diabetes Jenis 2 di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur Ismail, Hasimah Diabetes merupakan penyakit kronik yang boleh menjejaskan kesejahteraan kehidupan manusia berdasarkan dari morbiditi dan mortaliti yang tinggi. Di Malaysia, dilaporkan seramai 1,492,665 orang menghidap diabetes (NHMS., 2006). Oleh itu, satu kajian keratan rentas dilakukan untuk menentukan faktor-faktor determinan kesihatan dan prediktor terbaik terhadap pengawalan diabetes dalam kalangan pesakit Diabetes jenis 2 di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur. Prevalens terkawal dan tidak terkawal Diabetes ditentukan berdasarkan tahap glycosylated hemoglobin (HbA1c) pesakit. Bagi tujuan kajian ini, definasi terkawal adalah pesakit diabetes yang mempunyai tahap HbA1c < 6.5% dan tidak terkawal jika tahap HbA1c ≥ 6.5% dalam tempoh 3 bulan. Kriteria responden kajian ini ialah pesakit Diabetes jenis 2, warganegara Malaysian, berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima rawatan diabetes sekurang-kurangnya satu tahun. Borang soal selidik dibentuk dan diprauji telah digunakan sebagai alat pengumpulan data. Semua pesakit Diabetes yang mendaftar dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur dan memenuhi kriteria kajian diambil sebagai sampel. Kajian dilaksanakan dari 1 Julai hingga 31 December 2009. Pengumpulan data dilakukan melalui temuramah bersemuka dan merujuk rekod perubatan pesakit. Sebanyak 307 data responden telah dianalisis yang merupakan 89% kadar respon. Analisis secara deskriptif, ujian t. ujian khi kuasa dua dan ujian regrasi logistik pelbagai telah dilakukan menggunakan perisian SPSS versi 17.0. Majoriti pesakit Diabetes jenis 2 adalah berbangsa Melayu (79.5%), perempuan (61.9%), berkahwin (77.2%) dan tahap pendidikan tamat sekolah menengah (49.5%). Purata umur ialah 56.9+ sd.9.5 tahun dan median indeks jisim tubuh (IJT) ialah 28.5m2/kg (julat IJT, 25.5 - 31.5 m2/kg). Kajian mendapati hanya (27%) HbA1c terkawal manakala (73%) tidak terkawal, dengan median HbA1c adalah tinggi iaitu 7.4 (dengan julat 6.4 - 9.1%). Hasil kajian menunjukkan hanya faktor umur (p=0.045), bilangan isi rumah (p=0.014) dan pekerjaan (p=0.039) mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengawalan HbA1c (p≤0.05). Analisis bivariat kajian mendapati tekanan darah diastolik (2=6.50, p=0.011) dan glukosa dalam darah tidak puasa (2=35.027, p≤0.001) mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengawalan HbA1c (p≤0.05). Manakala analisis bivariat kajian ke atas faktor determinan berkaitan kefahaman diabetes (t=-2.105, p=0.036), jenis rawatan diabetes (2=42.940, p≤0.001) dan bilangan ubat atau insulin yang diambil untuk mengubati diabetes (2=25.876, p≤0.001) mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengawalan diabetes. Analisis kajian menggunakan model regrasi logistik pelbagai ke atas faktor determinan, mendapati nisbah mungkin bagi pengawalan Diabetes jenis 2 terdapat pada faktor bilangan isi rumah di mana responden yang mempunyai bilangan isi rumah yang kurang atau sama dengan 5 orang, mempunyai 2.6 kali kemungkinan lebih tinggi untuk mempunyai HbA1c terkawal berbanding dengan isi rumah lebih dari 5 orang (Ratio Odd/OD = 2.566). Analisis model regrasi logistik pelbagai juga mendapati responden yang mempunyai glukosa dalam darah tidak puasa kurang atau sama dengan 8.0 mmol/L, adalah 3.6 kali lebih tinggi kemungkinan mempunyai HbA1c terkawal berbanding dengan glukosa dalam darah tidak puasa yang lebih besar dari 8.0mmol/L (OD= 3.556 ). Bagi responden yang makan di luar termasuk membawa pulang, analisis regrasi logistik pelbagai mendapati responden yang makan 4 hingga 6 kali seminggu adalah 0.2 kali kurang kemungkinan mempunyai HbA1c terkawal berbanding dengan yang tidak pernah melakukan amalan makan tersebut (OD= 0.230). Responden yang kadang-kadang makan di luar termasuk bawa balik dalam seminggu adalah 0.4 kali kurang kemungkinan mempunyai HbA1c terkawal berbanding yang tidak pernah (OD= 0.397). Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa majoriti pesakit Diabetes jenis 2 di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak Cheras mempunyai tahap pengawalan diabetes yang tidak baik. Faktor pengawalan glukosa tidak berpuasa yang buruk dan isi rumah yang besar ada lah determinan pengawalan diabetes yang penting. Berkemungkinan besat, tingkah laku dan amalan pengambilan makanan di luar oleh pesakit diabetes jenis 2 memainkan peranan penting dalam pengawalan diabetes yang memerlukan kasjian lanjut. Penjagaan diabetes yang lebih berkesan perlu dilaksanakan dengan mengambil kira faktor tersebut di klinik kesihatan ini. Strategi yang memberi penekanan yang sesuai kepada pengesanan dan langkah pencegahan awal, kualiti pengurusan pesakit serta kepatuhan rawatan diabetes perlu ditingkatkan 2010-12 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/21411/1/FPSK%28m%29_2010_29_R.pdf Ismail, Hasimah (2010) Faktor Determinan Kesihatan Terhadap Pengawalan Diabetes dalam Kalangan Pesakit Diabetes Jenis 2 di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Malay
score 13.18916