Gaya Pengajaran Guru dari Perspektif Pelajar bagi Matapelajaran Vokasional (MPV) di Daerah Muar

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pengajaran guru dari perspektif pelajar MPV di daerah Muar. Responden kajian terdiri daripada 72 orang pelajar MPV dalam bidang MPV Produksi Multimedia, MPV Lanskap dan Nurseri dan MPV Rekaan dan Jahitan Pakaian. Kajian ini dilakukan dengan kaedah tinja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahman @ Atan, Abdul Hakim
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20855/1/FPP_2011_27_IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20855/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pengajaran guru dari perspektif pelajar MPV di daerah Muar. Responden kajian terdiri daripada 72 orang pelajar MPV dalam bidang MPV Produksi Multimedia, MPV Lanskap dan Nurseri dan MPV Rekaan dan Jahitan Pakaian. Kajian ini dilakukan dengan kaedah tinjauan melalui pengedaran borang soal selidik. Instrumen kajian diubahsuai berdasarkan Inventori Gaya Pengajaran oleh Grasha (1996) yang mengandungi empat bahagian dengan respon Skala Likert 1 hingga 5. Data dianalisis dengan bantuan perisian SPSS. Kedua-dua ujian statistik iaitu deskriptif dan inferensi digunakan dalam kajian ini. Analisis deskriptif iaitu peratus, min dan sisihan piawai digunakan bagi menerangkan gaya pengajaran yang digunakan oleh guru. Analisis inferensi yang digunakan ialah ujian-t tidak bersandar dan ANOVA sehala. Ujian-t tidak bersandar bertujuan mengenalpasti perbezaan di antara perspektif pelajar lelaki dan perempuan dan pilihan mata pelajaran Kemahiran Hidup PMR terhadap gaya pengajaran guru. Selain daripada itu, ANOVA sehala digunakan untuk mengenalpasti perbezaan di antara perspektif pelajar berdasarkan latarbelakang pendapatan ibu bapa pelajar. Dapatan menunjukkan guru menggunakan kesemua gaya pengajaran iaitu pakar, autoriti formal, model personel, fasilitator dan delegator dalam pengajaran MPV. Walau bagaimanapun, gaya pengajaran yang dominan digunakan oleh guru MPV bagi ketiga-tiga jenis MPV yang dikaji ialah gaya pengajaran model personel diikuti dengan gaya pengajaran fasilitator. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara perspektif pelajar MPV Produksi Multimedia bagi gaya pengajaran pakar (t = 0.95) dan autoriti formal (t = 0.73) bagi pelajar dengan ibu bapa berpendapatan RM500 atau kurang dengan pelajar yang mempunyai ibu bapa berpendapatan lebih RM1000. Selain daripada itu, terdapat perbezaan signifikan di antara perspektif pelajar MPV Lanskap dan Nurseri bagi gaya pengajaran model personel bagi ibu bapa berpendapatan lebih daripada RM500 sama seperti baris sebelum. Namun demikian, tidak terdapat perbezaan signifikan antara perspektif pelajar berdasarkan jantina dan pilihan Kemahiran Hidup di peringkat PMR.