Proses Pembentukan Kontrak Perkhidmatan di Organisasi Pembuatan di Selangor, Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui proses pembentukan kontrak perkhidmatan di organisasi pembuatan di Selangor. Persoalan kajian ialah (i) bagaimana proses kontrak perkhidmatan dibentuk?; (ii) apakah elemen yang wujud dalam proses pembentukan kontrak perkhidmatan? dan (iii) apakah kesan daripada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yaacob, Samsudin
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2006
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20852/1/FPP_2006_19_IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20852/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengetahui proses pembentukan kontrak perkhidmatan di organisasi pembuatan di Selangor. Persoalan kajian ialah (i) bagaimana proses kontrak perkhidmatan dibentuk?; (ii) apakah elemen yang wujud dalam proses pembentukan kontrak perkhidmatan? dan (iii) apakah kesan daripada amalan pembentukan kontrak perkhidmatan?. Untuk menjawab persoalan kajian, pendekatan penyelidikan secara kualitatif kajian kes digunakan iaitu melalui teknik temubual, teknik pemerhatian dan tinjauan dokumen bagi memahami dan menjelaskan pengetahuan serta pengalaman Pengurus Sumber Manusia ketika melaksanakan proses pembentukan kontrak perkhidmatan. Responden kajian yang terlibat adalah enam orang Pengurus Sumber Manusia dari enam buah syarikat di Selangor. Teknik temu bual separa berstruktur digunakan dan temubual dirakam melalui pita rakaman dan ditranskripkan secara verbatim. Analisis dijalankan sebaik sahaja data dikumpulkan. Analisis terperinci dilakukan dan tema yang terhasil bagi persoalan kajian pertama ialah (i) proses membuat terma dan syarat pekerjaan; (ii) proses pindaan terma dan syarat pekerjaan (iii) proses rundingan bersama. Tema kedua bagi persoalan kajian kedua ialah (i) gaya kepimpinan, (ii) gaya komunikasi, (iii) cara motivasi dan (iv) pengaruh persekitaran. Tema ketiga bagi persoalan kajian ketiga ialah keharmonian perhubungan perusahaan. Dari sudut perkembangan teori, kajian ini telah menyumbang perkembangan ilmu dan telah menunjukkan teori perundangan, teori kepimpinan, komunikasi, motivasi dan konflik perlu diteliti secara lebih khusus berhubung aspek konteks perhubungan majikan dan pekerja kerana teori tersebut hanya menyentuh secara umum sahaja. Oleh itu kajian lanjutan yang memberi tumpuan kepada pengolahan teori adalah sesuai dengan kontrak perkhidmatan perlu diperluaskan. Kajian ini juga memberi implikasi kepada amalan tersebut supaya ia dapat diperkemaskan lagi proses pembentukan kontrak perkhidmatan oleh para majikan kerana selama ini tiada satu sistematik yang diamalkan oleh mereka. Berdasarkan kajian ini juga adalah dicadangkan para majikan harus memberi perhatian terhadap elemen-elemen berhubung dengan perundangan, kepimpinan, komunikasi, motivasi dan faktor persekitaran semasa proses pembentukan kontrak perkhidmatan dibuat serta pelaksanaannya.