Kemahiran insaniah : moral dan etika profesional pelajar baharu UPM

Bagi memastikan pelajar di UPM menguasai kemahiran insaniah (KI) 'Moral dan Etika Profesional' (MEP), maka maklumat tentang KI ini dalam kalangan pelajar baharu di UPM diperlukan bagi memastikan program intervensi yang sesuai dapat dilaku.kan dengan berkesan. Untuk itu, satu kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md. Aroff, Abdul Rahman, Mahyuddin, Rahil, Suhid, Asmawati, Abu Bakar, Kamariah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2007
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20816/1/ID%2020816.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20816/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bagi memastikan pelajar di UPM menguasai kemahiran insaniah (KI) 'Moral dan Etika Profesional' (MEP), maka maklumat tentang KI ini dalam kalangan pelajar baharu di UPM diperlukan bagi memastikan program intervensi yang sesuai dapat dilaku.kan dengan berkesan. Untuk itu, satu kajian berkaitan tetah dijalankan pada Minggu Orientasi Semester 1, 2007-08 UPM. Lebih khusus, kajian ini bertujuan meneliti sama ada terdapat perbezaan penguasaan KI MEP, dalam kalangan petajar baharu itu, berdasarkan latar belakang mereka dari segi etnik, jenis kelayakan masuk, jurusan pengajian mereka di UPM, dan penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Kajian ini menggunakan instrumen penaksiran Kemahiran Insaniah (KI) Awalan yang berbentuk psikometrik. Instrumen ini mengandungi 15 item berkaitan dengan subelemen 1 dan sUbelemen 2, iaitu dua subelemen MEP. Respon pelajar adalah berdasarkan tahap persetujuan mengikut skala Likert empat mata. Seramai 234 pelajar Tingkatan Enam, Kolej Matrikulasi dan Asasi Sains telah terlibat dalam kajian rintis, dan nilai indeks kebolehpercayaan instrumen bagi 15 item untuk elemen KI MEP itu ialah 0.78. Bagi kajian sebenar, jumlah 4281pelajar baharu UPM kampus Serdang Semester 1, 2007-08 telah terlibat. Dapatan menunjukkan pelajar baharu UPM berkenaan mempunyai penguasaan Kl MEP sederhana tinggi, iaitu min=3.23 bagi subelemen EM 1 dan min=3.13 bagi subelemen EM 2.