Pelantikan Naib Canselor UPM
PUTRAJAYA, 3 Januari - Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan pelantikan YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan, 52, sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) yang baharu untuk tempoh selama tiga (3) tahun berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2015. Beliau yang...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | UPM News |
Language: | English Malay |
Published: |
Universiti Putra Malaysia
2013
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20805/1/Pelantikan_Naib_Canselor_UPM.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20805/ http://www.upm.edu.my/berita/details/announcevcbarubm |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | PUTRAJAYA, 3 Januari - Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan pelantikan YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan, 52, sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) yang baharu untuk tempoh selama tiga (3) tahun berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2015.
Beliau yang berpengalaman dalam bidang akademik selama 24 tahun menggantikan Prof. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi.
Asas-asas Pemilihan
Menurut kenyataan akhbar Menteri Pengajian Tinggi, YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini, asas-asas pemilihan Naib Canselor ialah kerana UPM merupakan sebuah universiti berstatus penyelidikan yang mempunyai pelbagai kepakaran dan niche dalam bidang pertanian.
“Pemilihan Prof. Datuk Dr. Fauzi Ramlan sebagai Naib Canselor UPM adalah berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian serta mengambil kira pengalaman akademik, penyelidikan, dan kepakaran beliau serta pengalaman memegang jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia.
“Pemilihan beliau diharapkan dapat membawa UPM ke tahap yang lebih tinggi di peringkat negara dan juga antarabangsa,” katanya. |
---|