Penggubalan instrumen penilaian pengajaran pensyarah di Universiti Putra Malaysia
Bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan utama iaitu pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) sentiasa berusaha menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pensyarahnya. Untuk tujuan tersebut, UPM melaksanakan penilaian pengajaran pensyarah setiap semester....
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2007
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20271/1/ID%2020271.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20271/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Bagi memberi perkhidmatan yang
terbaik kepada pelanggan utama iaitu pelajar,
Universiti Putra Malaysia (UPM) sentiasa
berusaha menambah baik proses pengajaran
dan pembelajaran dalam kalangan
pensyarahnya. Untuk tujuan tersebut, UPM
melaksanakan penilaian pengajaran pensyarah
setiap semester. Bersesuaian dengan
penekanan terhadap pendekatan pengajaran
berpusatkan pelajar, satu instrumen penilaian
pengajaran pensyarah .yang baharu digubal
berdasarkan pandangan pakar dan pihak
berkepentingan dari semua fakulti di UPM.
Kertas ini melaporkan dapatan kajian tentang
kesesuaian instrumen baharu penilaian
pengajaran pensyarah yang digubal
berdasarkan empat domain utama pengajaran
iaitu Perancangan, Penyampaian, Penaksiran
dan Profesionalisme Pensyarah. Instrumen
berskala Likert 5 mata yang mengandungi 20
item dan satu soalan terbuka dikaji rintis
terhadap 5674 pelajar yang mengikuti 146
kursus yang dipilih sebagai sampel daripada
15 buah fakulti di UPM. Dapatan kajian
menunjukkan instrumen ini mempunyai indeks
kebolehpercayaan Cronbach Alpha
keseluruhan 0.97, sementara indeks
kebolehpercayaan bagi domain Perancangan
ialah 0.81, Penyampaian 0.94, Penaksiran
0.88 dan Profesionalisme 0.91. Ciri-ciri
kesesuaian instrumen bagi menilai pengajaran
pensyarah dibincangkan dalam kertas ini. |
---|