Pengintegrasian Bahan Sumber Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bestari di Sekolah-Sekolah Selangor, Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengintegrasian bahan sumber digital (BSD) dalam kalangan guru yang telah menghadiri kursus pembestarian sekolah di Selangor. Kajian ini memfokuskan kepada lapan persoalan kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik untuk mengukur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Radzak, Mohammad Fauzi
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19567/1/FPP_2011_10.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19567/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengintegrasian bahan sumber digital (BSD) dalam kalangan guru yang telah menghadiri kursus pembestarian sekolah di Selangor. Kajian ini memfokuskan kepada lapan persoalan kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik untuk mengukur tahap pengintegrasian BSD dalam pengajaran dan pembelajaran serta hubungannya dengan tahap kewujudan kondisi Ely dalam persekitaran sekolah. Tahap pengintegrasian BSD dikaji daripada aspek engintegrasiannya sebelum, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran. Seramai 245 orang guru yang mengajar pelbagai matapelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah negeri Selangor terpilih sebagai responden. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for The Social Science (SPSS 14.0) untuk mendapatkan frekuensi, min, dan sisihan piawai manakala ujian-t dan korelasi Pearson digunakan untuk mencari perbezaan dan hubungan antara pemboleh ubah. Hasil dapatan kajian menunjukkan responden memberi penilaian positif terhadap program KDP 4 Minggu Pembestarian yang mereka telah jalani. Dapatan juga menunjukkan tahap pengintegrasian BSD pada fasa “sebelum” dan “semasa” pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang rendah. Namun, bagi fasa “selepas” pengajaran dan pembelajaran menunjukkan responden tidak mengintegrasikan BSD dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan bagi tahap kewujudan setiap kondisi Ely menunjukkan semua kondisi tersebut wujud dalam persekitaran sekolah tetapi tahap kewujudannya adalah berbeza. Kajian mendapati hanya dua kondisi yang melepasi tahap kewujudan yang tinggi iaitu “ketidakpuasan” dan “komitmen” manakala kondisi lain berada dalam tahap sederhana. Ujian korelasi Pearson mendapati wujud hubungan yang signifikan antara semua kondisi Ely dengan pengintegrasian BSD dalam pengajaran dan pembelajaran kecuali kondisi ”ganjaran dan insentif”. Dalam aspek demografi, faktor-faktor seperti lokasi sekolah, peringkat sekolah dan tahap akademik guru menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan terhadap pengintegrasian BSD dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian juga mendapati sikap mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pengintegrasian BSD dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan pengintegrasian BSD dalam pengajaran dan pembelajaran adalah berada pada kekerapan satu hingga lima kali dalam setahun dan ini menunjukkan bahawa tahap pengintegrasian BSD dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru di Selangor perlu dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik.