Strategi Pembelajaran dan Sikap Terhadap Komputer Bagi Mata Pelajaran Information and Communication Technology Pelajar Tingkatan Empat

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana hubungan di antara tahap strategi pembelajaran dengan sikap terhadap komputer. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti manakah di antara sepuluh dimensi bagi strategi pembelajaran (sikap, motivasi, pengurusan masa, kegelisahan, penumpuan, pemprose...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ibrahim, Norliza
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19561/1/FPP_2010_24_F.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19561/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana hubungan di antara tahap strategi pembelajaran dengan sikap terhadap komputer. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti manakah di antara sepuluh dimensi bagi strategi pembelajaran (sikap, motivasi, pengurusan masa, kegelisahan, penumpuan, pemprosesan maklumat, pemilihan idea utama, bahan bantu belajar, ujian kendiri dan strategi ujian) merupakan peramal terbaik bagi sikap terhadap komputer dalam kalangan pelajar tingkatan empat di negeri Terengganu. Kajian berbentuk deskriptif kuantitatif ini melibatkan seramai 149 orang pelajar di 12 buah sekolah pelaksana mata pelajaran Information and Communication Technology (ICT) yang dipilih menggunakan teknik persampelan berkelompok. Kajian menggunakan dua jenis instrumen iaitu Inventori Strategi Belajar dan Pembelajaran – Versi Sekolah Menengah (LASSI-HS) untuk mengukur strategi pembelajaran pelajar. Manakala instrumen Sikap Terhadap Komputer (STK) pula digunakan untuk mengukur sikap pelajar terhadap komputer. Nilai kebolehpercayaan yang dilaporkan bagi set LASSI-HS ialah .91, manakala bagi set STK ialah .86. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya, pelajar-pelajar kelas ICT mempunyai sikap positif terhadap komputer (M=120.74, SP=12.43) dan mempunyai tahap yang tinggi (M=247.09, SP=32.94) bagi strategi pembelajaran. Analisis kolerasi pula mendapati terdapat hubungan signifikan yang positif tetapi lemah di antara strategi pembelajaran dengan sikap pelajar ICT terhadap komputer (r= .24, n=149, p< .05). Analisis berikutnya yang menggunakan regresi linear pelbagai (Multiple Linear Regression), menunjukkan hanya pembolehubah strategi ujian (TST) dengan nilai beta iaitu 1.03 merupakan penyumbang unik yang kuat bagi menerangkan sikap pelajar ICT terhadap komputer. Berdasarkan dapatan kajian ini, dicadangkan supaya guru menekankan penggunaan strategi pembelajaran ke dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah terutama bagi strategi ujian. Penekanan terhadap kemahiran metakognitif juga perlu dititik beratkan dalam usaha untuk meningkatkan sikap pelajar terhadap komputer dan untuk menggalakkan pelajar bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran mereka seperti mana yang disarankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bestari iaitu pembelajaran terarah kendiri, pembelajaran pemerolehan kendiri, pembelajaran penilaian kendiri, dan pembelajaran kemampuan kendiri (SeDAAP).