Program Homestay Dan Kesannya Ke Atas Pembangunan Komuniti Desa Di Negeri Selangor, Malaysia

Pembangunan komuniti adalah satu proses yang melibatkan kerjasama di antara komuniti tempatan dan kerajaan untuk memperbaiki taraf hidup komuniti sama ada dari segi ekonomi, sosial dan budaya. Pembangunan komuniti di Malaysia telah bermula semenjak sebelum merdeka menerusi pelbagai program ternyata...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Yusof
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19460/1/FEM_2010_8_F.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19460/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.19460
record_format eprints
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
English
description Pembangunan komuniti adalah satu proses yang melibatkan kerjasama di antara komuniti tempatan dan kerajaan untuk memperbaiki taraf hidup komuniti sama ada dari segi ekonomi, sosial dan budaya. Pembangunan komuniti di Malaysia telah bermula semenjak sebelum merdeka menerusi pelbagai program ternyata memberi sumbangan besar kepada pembangunan sosio-ekonomi khususnya di kawasan luar bandar. Salah satu program yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup komuniti adalah program homestay iaitu sejenis percutian atau bentuk penginapan alternatif yang melibatkan pelancong tinggal bersama keluarga tuan rumah dan merasai sendiri cara hidup seharian komuniti desa. Matlamat utama kajian ini adalah untuk meneliti pembangunan komuniti di kampung-kampung yang terlibat dalam program homestay. Lima objektif khusus kajian adalah untuk membina indikator pencapaian program homestay dan indikator pencapaian pembangunan komuniti; untuk mengukur tahap pencapaian program homestay; untuk mengukur tahap pencapaian pembangunan komuniti; untuk menentukan perkaitan antara profil kampung, peranan pemimpin dan penggunaan sumber dengan pencapaian program homestay dan pencapaian pembangunan komuniti; dan untuk menentukan pengaruh profil kampung, peranan pemimpin dan penggunaan sumber kepada pencapaian program homestay dan pencapaian pembangunan komuniti. Tiga kaedah kajian digunakan untuk menjawab objektif kajian di atas, iaitu: (1) analisis kandungan bagi membentuk indikator pencapaian program homestay; (2) pandangan 31 orang pakar pembangunan komuniti di Malaysia bagi membentuk indikator pencapaian pembangunan komuniti; dan (3) survei menggunakan teknik temuduga bersemuka menerusi borang soal selidik. Kawasan kajian adalah kesemua 14 buah kampung homestay di negeri Selangor yang melibatkan sampel kajian seramai 400 orang responden yang terdiri daripada pengusaha homestay dan penduduk kampung. Data yang diperolehi daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian program SPSS. Aplikasi yang digunakan adalah analisis diskriptif, ujian korelasi dan regresi pelbagai. Dapatan kajian telah berjaya membentuk dua indikator iaitu indikator pencapaian program homestay dan indikator pencapaian pembangunan komuniti, masing-masing digunakan untuk mengukur tahap pencapaian program homestay dan tahap pencapaian pembangunan komuniti. Secara umumnya, tahap pencapaian program homestay di kalangan penduduk yang terlibat adalah sederhana di mana pencapaian bagi tiga dimensi utama iaitu keusahawanan, perubahan minda dan sikap serta pendayaupayaan adalah tinggi, manakala bagi dua dimensi iaitu kedatangan pelancong dan pendapatan adalah rendah. Begitu juga dengan pembangunan komuniti di kampung homestay, tahap pencapaian keseluruhannya adalah sederhana di mana pencapaian bagi empat dimensi utama iaitu ekonomi, sosial, alam sekitar dan institusi adalah tinggi, manakala pencapaian dimensi teknologi adalah sederhana. Analisis korelasi menunjukkan pencapaian program homestay mempunyai perkaitan yang amat kuat dengan pencapaian pembangunan komuniti. Selain daripada itu, analisis korelasi menunjukkan profil kampung mempunyai perkaitan yang lemah dengan pencapaian program homestay dan pembangunan komuniti, manakala peranan pemimpin dan penggunaan sumber mempunyai perkaitan yang amat kuat dengan pencapaian program homestay dan pembangunan komuniti. Analisis regresi pula menunjukkan profil kampung kurang berpengaruh kepada pencapaian program homestay dan pembangunan komuniti, manakala peranan pemimpin dan penggunaan sumber mempunyai pengaruh yang signifikan dan menyumbang kepada pencapaian program homestay dan pembangunan komuniti. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan program homestay dapat meningkatkan tahap pencapaian pembangunan komuniti, namun masih terdapat beberapa kekurangan sama ada di peringkat perancangan mahupun di peringkat pelaksanaan. Justeru, kajian ini turut mengemukakan beberapa cadangan ke arah mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan program sebagai pemangkin pembangunan komuniti di kampung homestay.
format Thesis
author Ismail, Yusof
spellingShingle Ismail, Yusof
Program Homestay Dan Kesannya Ke Atas Pembangunan Komuniti Desa Di Negeri Selangor, Malaysia
author_facet Ismail, Yusof
author_sort Ismail, Yusof
title Program Homestay Dan Kesannya Ke Atas Pembangunan Komuniti Desa Di Negeri Selangor, Malaysia
title_short Program Homestay Dan Kesannya Ke Atas Pembangunan Komuniti Desa Di Negeri Selangor, Malaysia
title_full Program Homestay Dan Kesannya Ke Atas Pembangunan Komuniti Desa Di Negeri Selangor, Malaysia
title_fullStr Program Homestay Dan Kesannya Ke Atas Pembangunan Komuniti Desa Di Negeri Selangor, Malaysia
title_full_unstemmed Program Homestay Dan Kesannya Ke Atas Pembangunan Komuniti Desa Di Negeri Selangor, Malaysia
title_sort program homestay dan kesannya ke atas pembangunan komuniti desa di negeri selangor, malaysia
publishDate 2010
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19460/1/FEM_2010_8_F.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19460/
_version_ 1643827040841891840
spelling my.upm.eprints.194602013-04-03T00:55:01Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19460/ Program Homestay Dan Kesannya Ke Atas Pembangunan Komuniti Desa Di Negeri Selangor, Malaysia Ismail, Yusof Pembangunan komuniti adalah satu proses yang melibatkan kerjasama di antara komuniti tempatan dan kerajaan untuk memperbaiki taraf hidup komuniti sama ada dari segi ekonomi, sosial dan budaya. Pembangunan komuniti di Malaysia telah bermula semenjak sebelum merdeka menerusi pelbagai program ternyata memberi sumbangan besar kepada pembangunan sosio-ekonomi khususnya di kawasan luar bandar. Salah satu program yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup komuniti adalah program homestay iaitu sejenis percutian atau bentuk penginapan alternatif yang melibatkan pelancong tinggal bersama keluarga tuan rumah dan merasai sendiri cara hidup seharian komuniti desa. Matlamat utama kajian ini adalah untuk meneliti pembangunan komuniti di kampung-kampung yang terlibat dalam program homestay. Lima objektif khusus kajian adalah untuk membina indikator pencapaian program homestay dan indikator pencapaian pembangunan komuniti; untuk mengukur tahap pencapaian program homestay; untuk mengukur tahap pencapaian pembangunan komuniti; untuk menentukan perkaitan antara profil kampung, peranan pemimpin dan penggunaan sumber dengan pencapaian program homestay dan pencapaian pembangunan komuniti; dan untuk menentukan pengaruh profil kampung, peranan pemimpin dan penggunaan sumber kepada pencapaian program homestay dan pencapaian pembangunan komuniti. Tiga kaedah kajian digunakan untuk menjawab objektif kajian di atas, iaitu: (1) analisis kandungan bagi membentuk indikator pencapaian program homestay; (2) pandangan 31 orang pakar pembangunan komuniti di Malaysia bagi membentuk indikator pencapaian pembangunan komuniti; dan (3) survei menggunakan teknik temuduga bersemuka menerusi borang soal selidik. Kawasan kajian adalah kesemua 14 buah kampung homestay di negeri Selangor yang melibatkan sampel kajian seramai 400 orang responden yang terdiri daripada pengusaha homestay dan penduduk kampung. Data yang diperolehi daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian program SPSS. Aplikasi yang digunakan adalah analisis diskriptif, ujian korelasi dan regresi pelbagai. Dapatan kajian telah berjaya membentuk dua indikator iaitu indikator pencapaian program homestay dan indikator pencapaian pembangunan komuniti, masing-masing digunakan untuk mengukur tahap pencapaian program homestay dan tahap pencapaian pembangunan komuniti. Secara umumnya, tahap pencapaian program homestay di kalangan penduduk yang terlibat adalah sederhana di mana pencapaian bagi tiga dimensi utama iaitu keusahawanan, perubahan minda dan sikap serta pendayaupayaan adalah tinggi, manakala bagi dua dimensi iaitu kedatangan pelancong dan pendapatan adalah rendah. Begitu juga dengan pembangunan komuniti di kampung homestay, tahap pencapaian keseluruhannya adalah sederhana di mana pencapaian bagi empat dimensi utama iaitu ekonomi, sosial, alam sekitar dan institusi adalah tinggi, manakala pencapaian dimensi teknologi adalah sederhana. Analisis korelasi menunjukkan pencapaian program homestay mempunyai perkaitan yang amat kuat dengan pencapaian pembangunan komuniti. Selain daripada itu, analisis korelasi menunjukkan profil kampung mempunyai perkaitan yang lemah dengan pencapaian program homestay dan pembangunan komuniti, manakala peranan pemimpin dan penggunaan sumber mempunyai perkaitan yang amat kuat dengan pencapaian program homestay dan pembangunan komuniti. Analisis regresi pula menunjukkan profil kampung kurang berpengaruh kepada pencapaian program homestay dan pembangunan komuniti, manakala peranan pemimpin dan penggunaan sumber mempunyai pengaruh yang signifikan dan menyumbang kepada pencapaian program homestay dan pembangunan komuniti. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan program homestay dapat meningkatkan tahap pencapaian pembangunan komuniti, namun masih terdapat beberapa kekurangan sama ada di peringkat perancangan mahupun di peringkat pelaksanaan. Justeru, kajian ini turut mengemukakan beberapa cadangan ke arah mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan program sebagai pemangkin pembangunan komuniti di kampung homestay. 2010-10 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19460/1/FEM_2010_8_F.pdf Ismail, Yusof (2010) Program Homestay Dan Kesannya Ke Atas Pembangunan Komuniti Desa Di Negeri Selangor, Malaysia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia. English
score 13.211869