Implikatur Dalam Perbualan Pelajar Universiti Putra Malaysia

Implikatur merujuk kepada penggunaan bahasa yang tersurat untuk menyampaikan mesej secara tersirat dan pendengar perlu memprosesnya berdasarkan konteks ujaran penutur. Dalam kajian ini, penyelidik menyenaraikan tiga objektif, iaitu mengenal pasti penggunaan implikatur dalam perbualan pelajar, mengin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mat Saleh, Muhamad Safuan
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19414/1/FBMK_2011_17.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19414/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Implikatur merujuk kepada penggunaan bahasa yang tersurat untuk menyampaikan mesej secara tersirat dan pendengar perlu memprosesnya berdasarkan konteks ujaran penutur. Dalam kajian ini, penyelidik menyenaraikan tiga objektif, iaitu mengenal pasti penggunaan implikatur dalam perbualan pelajar, menginterpretasikan makna implikatur dalam perbualan pelajar menggunakan Teori Grice (1975) dan Teori Relevans (1995) dan merumuskan kewibawaan Teori Grice (1975) dan Teori Relevans (1995) dalam menginterpretasikan penggunaan implikatur sebagai satu bentuk komunikasi linguistik. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Sampel adalah terdiri daripada pelajar Universiti Putra Malaysia yang dipilih secara rawak. Data kajian dianalisis secara kualitatif menggunakan teori Relevans (1995) dan teori Grice (1975). Hasil kajian mendapati bahawa terdapat banyak penggunaan implikatur dalam perbualan pelajar. Penggunaaan implikatur digunakan untuk tujuan penolakan dan menyatakan persetujuan dalam sesuatu ujaran. Implikatur juga digunakan sebagai bahasa berlapik untuk menjaga hati pendengar. Penggunaan implikatur juga merupakan seni berbahasa bagi orang Melayu. Seterusnya, hasil kajian juga mendapati bahawa teori Relevans (1995) dan Teori Grice (1975) berwibawa merungkai mesej penutur yang disampaikan melalui implikatur.