Kesan perubahan sosial terhadap orientasi tingkah laku individu dan tindak balas subsistem integrasi.

Perubahan zaman mempengaruhi pola fikir, sikap, tindakan dan nilai-nilai yang dihayati masyarakat. Sebarang perubahan yang berlaku dalam dan terhadap masyarakat akan turut tempias dalam tingkah laku individu baik secara langsung ataupun tidak langsung. Maka, kertas kerja ini menyingkap kesan perub...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ayudin, Ahmad Rafaai, Zainal Abiddin, Norhasni
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Malay
Published: 2007
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18720/1/ID%2018720.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18720/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perubahan zaman mempengaruhi pola fikir, sikap, tindakan dan nilai-nilai yang dihayati masyarakat. Sebarang perubahan yang berlaku dalam dan terhadap masyarakat akan turut tempias dalam tingkah laku individu baik secara langsung ataupun tidak langsung. Maka, kertas kerja ini menyingkap kesan perubahan sosial terhadap orientasi tingkah laku individu dalam persekitaran bebas dan di luar kawalan, sehingga banyak gejala-gejala tingkah laku dapat diamati dan direkodkan. Untuk itu kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian secara langsung terhadap orientasi tingkah laku individu sama ada berimpak negatif atau positif serta melihat sejauh mana masyarakat menerapkan peraturan dan kawalan sosial terhadap gejala-gejala tingkah laku yang terjadi. Pemerhatian dilakukan di empat lokasi utama iaitu Kompleks Membeli Belah, Hentian Puduraya, Pasar Malam dan Kafe Internet. Di samping itu temu bualjuga dilakukan bagi mendapalkan maklumat berkenaan dengan kawalan sosial dan peraturan sosial terhadap orientasi tingkah laku. Hasil kajian mendapati, masyarakat sukar menggunakan langkah peraturan sosial dan kawalan yang berkesan untuk menghalang tingkah laku yang mencemaskan. Institusi formal (sekolah/ universiti) dan institusi in-formal (keluarga) masih merupakan subsistem perubahan dan penyesuaian yang paling berpengaruh terhadap pembentukan identiti remaja dan corak perilaku mereka.