Memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk semua

Kehadiran pelbagai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mengubah cara manusia berkomunikasi, bekerja, berdagang, dan melakukan aktiviti harian. Menyedari betapa pentingnya pengetahuan dan kemahiran ICT, pihak kerajaan dan swasta telah menyediakan kemudahan di pusat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abu Hassan, Musa
Format: Inaugural Lecture
Language:English
English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2008
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18227/1/Cover%20Inaugural%20prof%20Musa.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18227/7/Memanfaatkan%20teknologi.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18227/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kehadiran pelbagai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mengubah cara manusia berkomunikasi, bekerja, berdagang, dan melakukan aktiviti harian. Menyedari betapa pentingnya pengetahuan dan kemahiran ICT, pihak kerajaan dan swasta telah menyediakan kemudahan di pusat ICT untuk orang ramai mendapatkan pendedahan, pengetahuan, dan perkhidmatan yang berkaitan. Oleh yang demikian, anggota masyarakat perlu memanfaatkan kemudahan ICT yang ada di tempat masing-masing untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran demi untuk pemajuan diri, keluarga dan masyarakat. Untuk memastikan anggota masyarakat dapat melakukan yang terbaik untuk memanfaatkan ICT, maka sejarah perkembangan ICT akan dibincangkan dan diikuti dengan senarai sumber ICT yang terdapat di negara ini yang dapat digunakan oleh anggota masyarakat. Ini disusuli dengan perbincangan tentang peranan ICT terhadap masyarakat yang memberi gambaran betapa pentingnya ICT dan sumbangannya terhadap anggota masyarakat. Beberapa usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk orang ramai memanfaatkan ICT turut dipaparkan supaya maklumat ini memberi gambaran betapa komitednya pihak berkaitan menjayakan hasrat ini. Untuk memastikan usaha untuk memanfaatkan ICT dapat dilakukan dengan berkesan, maka beberapa penyelidikan berkaitan penggunaan ICT dalam kalangan anggota masyarakat telah diutarakan. Antara hasil kajian yang diberi penekanan adalah kesan positif penggunaan komputer dalam kalangan penduduk luar bandar, dan peningkatan pengetahuan serta kemahiran penggunaan komputer dalam kalangan mereka yang telah mengikuti program latihan yang dianjurkan oleh pusat ICT di tempat mereka. Lantaran itu, beberapa strategi untuk memanfaatkan ICT di peringkat individu, keluarga, dan masyarakat turut dicadangkan. Sungguhpun demikian, peranan dan tanggungjawab pihak kerajaan dalam menyediakan kemudahan fizikal, prasarana, galakan, serta polisi yang menggalakan penggunaan ICT termasuk Internet tidak boleh dipandang ringan. Usaha pihak kerajaan menyediakan kemudahan dan akses Internet supaya anggota masyarakat dapat memanfaatkan ICT secara optimum, akan dapat dikecapi sekiranya mereka melepasi cabaran dalaman dan cabaran luaran yang sedia ada pada diri masing-masing, yang ada pada keluarga, dan yang ada pada komuniti berkenaan.