UPM Terima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan

NILAI, 27 Sept - Universiti Putra Malaysia (UPM) dinobatkan antara sepuluh badan berkanun yang meraih Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti bagi tahun 2010. Anugerah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan kepada Bendahari UPM, Zul...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
第一著者: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
フォーマット: UPM News
言語:English
出版事項: 2011
オンライン・アクセス:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18215/1/UPM_terima_anugerah_kecemerlangan_pengurusan_kewangan.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18215/
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:NILAI, 27 Sept - Universiti Putra Malaysia (UPM) dinobatkan antara sepuluh badan berkanun yang meraih Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti bagi tahun 2010. Anugerah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan kepada Bendahari UPM, Zulkiflee Othman dalam Majlis Sambutan Hari Audit SeMalaysia Tahun 2011 di Auditorium Akademi Audit Negara di sini. Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi ketika mengulas kemenangan itu berkata UPM dipilih hasil pengauditan Jabatan Audit Negara terhadap Pengurusan Kewangan UPM Tahun 2010 pada Mei tahun lalu. “Antara objektif pengauditan Indeks Akauntabiliti adalah untuk menentukan bahawa pengurusan UPM telah dijalankan dengan cekap dan teratur mengikut peraturan yang ditetapkan. “Skop pengauditan meliputi aspek pengurusan organisasi, jawatankuasa yang ditubuhkan, sistem dan prosedur, analisis kewangan dan pengurusan kewangan,” katanya. Antara badan berkanun yang turut menerima anugerah itu ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).