Atlet hoki UPM manfaat perlawanan menentang Imperial College London

SERDANG, 4 Julai – Perlawanan persahabatan antara pasukan hoki Universiti Putra Malaysia (UPM) menentang Imperial College London akan menjadi medan persediaan buat skuad hoki UPM kategori wanita untuk beraksi di dalam Kejohanan Sukan Malaysia-Indonesia (SUKMALINDO) pada 24 hingga 27 Julai nanti....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Malay
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18055/1/Atlet_hoki_UPM_manfaat_perlawanan_menentang_Imperial_College_London.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18055/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:SERDANG, 4 Julai – Perlawanan persahabatan antara pasukan hoki Universiti Putra Malaysia (UPM) menentang Imperial College London akan menjadi medan persediaan buat skuad hoki UPM kategori wanita untuk beraksi di dalam Kejohanan Sukan Malaysia-Indonesia (SUKMALINDO) pada 24 hingga 27 Julai nanti. Jurulatih pasukan hoki UPM, Wan Zaharuddin Wan Abdullah berkata pasukannya amat bertuah kerana berpeluang bertemu pasukan hoki dari Imperial College London bagi persiapan menentang Indonesia. “Seramai 10 orang atlet hoki wanita UPM akan dihantar untuk beraksi di dalam kejohanan yang akan diadakan di Jogjakarta itu nanti,” katanya. Pada perlawanan tersebut, pasukan hoki UPM lelaki dan wanita berjaya mengalahkan Imperial College London dalam tiga perlawanan di Stadium UPM. Ketua pasukan Imperial College London, Ewan Quince berkata beliau memuji kecekapan pasukan hoki UPM kerana ketangkasan mereka beraksi di dalam perlawanan serta semangat berpasukan yang baik. “Saya berharap agar pasukan hoki UPM akan terus maju ke hadapan dan akan berjaya membawa kemenangan apabila menentang pasukan Indonesia nanti,” katanya. Turut hadir menyaksikan perlawanan ialah Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Dr. Tai Shzee Yew.