Penyesuaian dalam kalangan pelajar baharu di Universiti.

Penyesuaian dalam kalangan pelajar baharu di universiti memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan mereka di universiti. Kajian lalu menunjukkan salah satu punca pelajar gagal menyempurnakan pengajian mereka adalah disebabkan oleh masalah penyesuaian. Pelajar ini didapati tidak dapat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Maria Chong, Elias, Habibah, Mahyuddin, Rahil, Uli, Jegak
Format: Article
Language:English
Malay
Published: Malaysian Education Deans' Council 2009
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16100/1/Penyesuaian%20dalam%20kalangan%20pelajar%20baharu%20di%20Universiti.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16100/
http://medc.com.my/v2/volume/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyesuaian dalam kalangan pelajar baharu di universiti memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan mereka di universiti. Kajian lalu menunjukkan salah satu punca pelajar gagal menyempurnakan pengajian mereka adalah disebabkan oleh masalah penyesuaian. Pelajar ini didapati tidak dapat menangani pelbagai cabaran dan tuntutan di kampus lalu mengalami pelbagai masalah penyesuaian sehingga ada di antara mereka yang gagal meneruskan pengajian ke semester yang seterusnya. Penyesuaian di universiti merangkumi empat dimensi iaitu: penyesuaian akademik, penyesuaian sosial, penyesuaian peribadi-emosi, dan dimensi komitmen matlamat/perapatan institusi. Keempat-empat dimensi penyesuaian ini dapat diukur dengan menggunakan Soal Selidik Penyesuaian Pelajar di Universiti yang dibina oleh Baker dan Siryk (1999). Keupayaan menyesuaiankan diri di kampus mempunyai hubungan dengan keupayaan psikososial yang dimiliki oleh pelajar. Antara keupayaan psikososial yang mempunyai impak yang positif dan penting ke atas penyesuaian pelajar ialah kecerdasan emosi, daya tindak, dan sokongan sosial. Ketiga-tiga keupayaan psikososial ini didapati memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar melaksanakan penyesuaian di universiti. Justeru, pihak universiti harus mengambil langkah yang proaktif untuk memupuk keupayaan kecerdasan emosi, daya tindak, dan sokongan sosial dalam kalangan pelajar baharu untuk meningkatkan tahap penyesuaian mereka.