Penterjemahan istilah biologi : perbandingan tiga dekad.

Artikel ini membincangkan perubahan istilah biologi dalam tempoh tiga dekad (1960-an, 1980-an, 1990-an). Kajian tertumpu pada istilah biologi yang merupakan istilah terjemahan dan pinjaman kerana bidang biologi merupakan bidang yang diimport dari negara luar, justeru memerlukan peminjaman konsep dal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad, Hasnah
Format: Article
Language:English
Malay
Published: Dewan Bahasa dan Pustaka 2009
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16097/1/Penterjemahan%20istilah%20biologi.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16097/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini membincangkan perubahan istilah biologi dalam tempoh tiga dekad (1960-an, 1980-an, 1990-an). Kajian tertumpu pada istilah biologi yang merupakan istilah terjemahan dan pinjaman kerana bidang biologi merupakan bidang yang diimport dari negara luar, justeru memerlukan peminjaman konsep dalam bidang berkenaan. Kajian ini bertujuan mengkaji kewujudan pola tertentu dalam pembentukan istilah pada tiga dekad yang berlainan. Kajian ini turut menyelisik sikap bahasa masyarakat terhadap istilah bahasa Melayu. Kaedah analisis teks buku istilah dan Pangkalan Data Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) digunakan dalam kajian ini. Data yang dianalisis ialah Istilah Kajihayat, Perhutanan dan Pertanian (1968), Istilah Biologi (1988), dan Pangkalan Data Korpus DBP. Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara tahun 1968 hingga 1988 lebih 80 peratus istilah yang dikaji telah mengalami perubahan dan perubahan tersebut dihuraikan dalam lima kategori. Selepas tempoh tersebut, iaitu dekad 1990-an, kajian mendapati hanya lima peratus istilah yang mengalami perubahan. Fakto-faktor yang menyebabkan perubahan istilah tersebut juga telah dikenal pasti. Kajian juga menunjukkan sikap positif masyaraka terhadap istilah yang dihasilkan digambarkan melalui penerimaan dan penggunaan istilah tersebut dalam bahan terbitan buku dan akhbar. Selain itu, pola penggunaan istilah yang berbeza dalam tempoh yang dikaji telah berjaya dikenal pasti.