Pendekatan sosioterminologi dalam pengistilahan seni kraf Melayu

Istilah biasanya terbentuk dalam pelbagai sekitaran, seperti di dalam makmal penyelidikan, bengkel pembuatan, pejabat, atau dalam sebarang situasi apabila manusia memerlukan suatu pernyataan baharu. Bidang seni kraf secara umumnya memperlihatkan penciptaan istilah yang disertai inovasi saintifik dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad, Hasnah, Mohd Kiram, Norazlina
Format: Article
Language:English
Published: Dewan Bahasa dan Pustaka 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16069/1/Pendekatan%20sosioterminologi%20dalam%20pengistilahan%20seni%20kraf%20Melayu.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16069/
http://mabbim.dbp.my/wordpress/?page_id=763
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Istilah biasanya terbentuk dalam pelbagai sekitaran, seperti di dalam makmal penyelidikan, bengkel pembuatan, pejabat, atau dalam sebarang situasi apabila manusia memerlukan suatu pernyataan baharu. Bidang seni kraf secara umumnya memperlihatkan penciptaan istilah yang disertai inovasi saintifik dan teknologi dalam satu komuniti linguistik, dan bukannya penciptaan istilah berserta pemindahan ilmu saintifik dan teknologi daripada satu komuniti kepada satu komuniti lain. Justeru, sebahagian besar istilah seni kraf didapati terbentuk secara spontan oleh masyarakat setempat. Kajian ini menggunakan pendekatan sosioterminologi yang menegaskan bahawa pembentukan istilah dipengaruhi oleh bidang sesuatu istilah, keadaan tabii manusia yang terlibat dan asal usul rangsangan pembentukan istilah. Menurut Temmerman (2000), sosioterminologi ialah bidang yang mengkaji tentang terminologi dalam masyarakat bahasa yang sebenar. Sesuai dengan kaitannya dengan masyarakat pengguna sebenar, kajian ini lebih bersifat deskriptif. Sosioterminologi diperkenalkan dalam peristilahan untuk menjawab beberapa persoalan yang selama ini tidak terungkaikan oleh teori konsep atau teori tradisional peristilahan. Sejumlah kira-kira 2000 istilah seni kraf Melayu daripada sepuluh subbidang dianalisis menggunakan pendekatan sosioterminologi. Kajian menunjukkan bahawa pengistilahan seni kraf Melayu sebahagian besarnya memanfaatkan bahasa Melayu sebagai sumber, baik bahasa yang terdapat dalam alam Melayu sendiri, iaitu dialek-dialek Melayu, bahasa Melayu Klasik, atau bahasa serumpun. Hanya sebahagian kecil sahaja kata yang diserap dari bahasa-bahasa yang datang dari luar. Setiap sumber istilah bahasa Melayu tersebut mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu dari segi inventori ilmu dan pengalaman peradabannya.