Ciri-ciri perbualan bahasa Jepun oleh penutur Malaysia berbangsa Cina dalam industri pelancongan negara

Dalam industri pelancongan negara, pemandu pelancong kebanyakannya terdiri daripada bangsa Cina. Walaupun makalah ini tidak menyediakan statistik pemandu pelancong mengikut kaum di Malaysia tetapi kajian oleh Roslina, Yamato dan Normaliza (2007) sebelum ini menunjukkan daripada 50 orang pemandu pela...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mamat, Roslina
Format: Article
Language:English
Published: Persatuan Linguistik Malaysia 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/13596/1/Ciri-ciri%20perbualan%20bahasa%20Jepun%20oleh%20penutur%20Malaysia%20berbangsa%20Cina%20dalam%20industri%20pelancongan%20negara.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/13596/
http://plm.org.my/wrdp1/?page_id=1110
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam industri pelancongan negara, pemandu pelancong kebanyakannya terdiri daripada bangsa Cina. Walaupun makalah ini tidak menyediakan statistik pemandu pelancong mengikut kaum di Malaysia tetapi kajian oleh Roslina, Yamato dan Normaliza (2007) sebelum ini menunjukkan daripada 50 orang pemandu pelancong yang dipilih secara rawak 44 orang adalah berbangsa Cina dan daripada 44 orang tersebut, 40 orang adalah wanita. Walau bagaimanapun, definisi 'pemandu pelancong' dalam kajian ini adalah 'orang yang terlibat berinteraksi dengan pelancong semasa pelancong dibawa melawat ke sesuatu tempat', dan mereka yang dimaksudkan adalah 4 orang staf sebuah pusat kraf tangan negara yang terkenal pada peringkat antarabangsa dan sering menerima kunjungan pelancong luar negara. Makalah ini akan membincangkan ciri-ciri penutur Malaysia berbangsa Cina semasa mereka bertutur dalam bahasa Jepun. Pendekatan yang digunakan adalah melalui kaedah analisis perbualan, iaitu data dirakam dan ditranskripsi. Selepas itu data berkenaan akan diperhatikan untuk melihat struktur luaran dan ciri-ciri perbualan.