Antara Islam dan Hinduisme di alam Melayu : beberapa catatan pengkaji barat.

Makalah ini bertolak daripada pandangan Syed Muhammad Naquib Al-Attas tentang kecenderungan pengkaji barat dalam pengamatan mereka terhadap alam Melayu. Dalam konteks ini, Al-Attas berpendapat bahawa kebanyakan pengkaji barat cenderung untuk memandang mudah peranan Islam, dan sebaliknya menonjolkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Rani, Mohd Zariat
Format: Article
Language:English
Malay
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2005
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/13117/1/Antara%20Islam%20dan%20Hinduisme%20di%20alam%20Melayu.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/13117/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini bertolak daripada pandangan Syed Muhammad Naquib Al-Attas tentang kecenderungan pengkaji barat dalam pengamatan mereka terhadap alam Melayu. Dalam konteks ini, Al-Attas berpendapat bahawa kebanyakan pengkaji barat cenderung untuk memandang mudah peranan Islam, dan sebaliknya menonjolkan kesignifikanan Hinduisme dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Dengan mengambil kira pandangan Al-Attas tersebut,makalah ini berusaha untuk mengamati pandangan yang diutarakan tiga orang pengkaji barat, iaitu N. J. Krom (1950) dalam buku bertajuk De Hindoe-Javaansche Tijd; Bernard H. M. Vlekke (1959) dalam Nusantara: A History of Indonesia dan J. C. Van Leur (1955) dalam Indonesia: Trade and Society.Penelitian terhadap ketiga-tiga tulisan pengkaji barat ini melakarkan kecenderungan mereka terhadap Hinduisme yang dianggap sebagai pengaruh yang dominan di alam Melayu. Kecenderungan tersebut turut menjelaskan bahawa Islam menurut pandangan mereka juga tidak dapat menyaingi kepentingan Hinduisme di alam Melayu.