Implikatur Dalam Ujaran Watak Dalam Filem Seniman Agung P. Ramlee
Kajian ini dilakukan untuk menganalisis implikatur dalam ujaran watak filem Seniman Agung P. Ramlee. Dalam menganalisis implikatur yang dijadikan bahan kajian, pengkaji menggunakan Teori Relevans oleh Sperber dan Wilson (1995). Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti penggunaan implikatur...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2010
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12338/1/FBMK_2010_14A.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12338/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dilakukan untuk menganalisis implikatur dalam ujaran watak filem
Seniman Agung P. Ramlee. Dalam menganalisis implikatur yang dijadikan
bahan kajian, pengkaji menggunakan Teori Relevans oleh Sperber dan Wilson
(1995). Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti penggunaan
implikatur,dalam filem, mengenalpasti fungsi implikatur dalam filem untuk
menyampaikan mesej dalam bahasa dan budaya Melayu dan membincangkan
keberkesanan penggunaan implikatur dalam menonjolkan aspek bahasa dan
budaya Melayu. Ujaran-ujaran yang mempunyai makna implisit atau makna
yang tidak digambarkan oleh kata-kata yang membina ujaran tersebut telah
dipetik sebagai data kajian
Penganalisisan terhadap implikatur yang dikaji mencakupi aspek kesantunan
berbahasa masyarakat Melayu dalam menyampaikan nasihat, mencabar,
menyatakan kekesalan menyindir dan mengejek. yang disampaikan secara tidak langsung kepada pendengar.. Seseorang yang mengamalkan bahasa
yang sopan ketika berkomunikasi dipandang tinggi oleh masyarakat Melayu.
Berdasarkan dapatan kajian, dapat dibuat rumusan bahawa ujaran yang
dituturkan dalam filem yang dikaji mempunyai makna yang berlapik atau
tersirat. Hal ini sesuai dengan budaya msyarakat Melayu yang tidak
menyampaikan hasrat dan keinginan mereka secara berterus terang.
Hasil kajian menunjukkan masyarakat Melayu menggunakan pelbagai bentuk
bahasa dalam ujaran-ujaran yang bertujuan untuk menyampaikan mesej atau
maksud seperti penyataan yang berlebihan, bahasa sindiran, bahasa kiasan,
metafora dan ketidak sesuaian mengikut konteks. Hasil kajian juga mendapati
konteks, kesan konteks dan kos memproses maklumat adalah penting untuk
memastikan mesej yang disampaikan berjaya disingkap oleh pendengar. |
---|