Aplikasi Teori Dan Format Penyuntingan Bahan Linear Dalam Surat Khabar Bahasa Melayu

Rakyat Malaysia tiada panduan khusus untuk membeli surat khabar yang dapat mencambah ilmu pengetahuan. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui aplikasi teori dan format penyuntingan berita yang diterbitkan di dalam surat khabar supaya dapat dimanfaatkan umum. Penyelid...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sha'ri, Sharil Nizam
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12334/1/FBMK_2010_11A.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12334/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Rakyat Malaysia tiada panduan khusus untuk membeli surat khabar yang dapat mencambah ilmu pengetahuan. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui aplikasi teori dan format penyuntingan berita yang diterbitkan di dalam surat khabar supaya dapat dimanfaatkan umum. Penyelidikan berasaskan penelitian aplikasi Teori Tangunggjawab Sosial dengan Teori Libertarian yang terkandung dalam bahan linear surat khabar bahasa Melayu di Malaysia. Keberkesanan format penyuntingan berita juga dilakukan dengan menilai penggunaan Format Piramid Terbalik. Penyelidikan ini dijalankan dengan menjadikan sebanyak 215 naskhah surat khabar Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Metro Ahad, Kosmo! Ahad dan Sinar Harian bulan Januari sehingga Oktober 2009 sebagai sampel. Dapatan penyelidikan diperoleh daripada kaedah analisis kandungan terhadap bahan linear surat khabar hari ahad yang berdasarkan aspek teori dan penyuntingannya.Aspek penyuntingan berita menunjukkan bahawa Format Piramid Terbalik perlu digunakan secara berkesan dengan memastikan aturan nilai berita secara strategik sehingga menjadi struktur berita yang lengkap dan padat. Elemen ’5W dan 1H’, iaitu apa (what), di mana (where), siapa (who), kenapa (why), bila (when) dan bagaimana (how) hendaklah dikenal pasti dan dijadikan ’bahan mentah’ sebagai keperluan asas untuk menulis berita. Kebijaksanaan seseorang penulis berita dalam kemahiran ini dapat mempertingkat kualiti berita yang dihasilkan. Penyelidikan ini mendapati bahawa teori Tanggungjawab Sosial lebih kerap digunakan sebagai teori penulisan berita kerana aplikasinya memenuhi kehendak berita bertulis yang diinginkan oleh masyarakat di negara ini. Namun begitu, teori Libertarian masih juga digunakan dalam menulis berita untuk memastikan maklumat yang disampaikan dengan jelas kepada masyarakat. Didapati, pendulu berita atau perenggan pertama sesetiap berita menjadi tarikan utama kepada pembaca untuk memahami idea utama berita yang ditulis oleh penulis berita. Pendulu yang hebat dengan mengandungi fakta penting diolah dengan kemas dan mudah sehingga menghasilkan perenggan yang menyatukan bahasa dengan nilai kemanusiaan yang jitu. Penetapan tajuk berita yang tepat, menarik dan berkesan bagi sesebuah berita perlu dipraktikkan dan merangsang pancaindera pembaca untuk menghadapi persaingan pelbagai jenis surat khabar di negara ini.Keperluan meletakkan gambar yang informatif dengan keterangannya (caption) perlu dititikberatkan untuk meningkatkan fahaman pembaca terhadap berita yang dibaca. Aspek kualiti berita dan fahaman berita yang seterusnya mencambah pengetahuan berguna kepada pembaca dapat dicapai secara tekal dengan menjadikan teori dan praktikal menulis berita sebagai amalan dunia berita. Kemahiran dan penguasaan bahasa yang tinggi sangat diperlukan untuk menerapkan aplikasi teori dan mempraktikkan format penyuntingan sesuatu berita. Penggunaan bahasa yang tepat, standard dan segar akan menghasilkan berita yang berpengaruh, diminati dan sukar dilupakan oleh pembaca.