Pepsi suntik semangat motivasi pelajar UPSR

SERDANG, 30 Mei - Seramai 80 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Beranang merasai pengalaman berbeza apabila dibawa menyertai program Pemantapan Ilmu dan Pembangunan Sahsiah 2011 (Pepsi) anjuran Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 16 UPM di sini baru-baru ini. Mereka merupakan murid yang akan menduduki pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Malay
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12128/1/Pepsi_suntik_semanagat_motivasi_pelajar_UPSR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12128/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.12128
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.121282013-05-27T07:51:07Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12128/ Pepsi suntik semangat motivasi pelajar UPSR Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat SERDANG, 30 Mei - Seramai 80 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Beranang merasai pengalaman berbeza apabila dibawa menyertai program Pemantapan Ilmu dan Pembangunan Sahsiah 2011 (Pepsi) anjuran Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 16 UPM di sini baru-baru ini. Mereka merupakan murid yang akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini. Pengarah Pepsi, Muhammad Hazmi Wahab berkata, program itu merupakan sebahagian dari tanggung jawab sosial Kolej 16 dalam memberi suntikan motivasi dan membina jati diri serta persediaan mental untuk menghadapi peperiksaan UPSR akan datang. “Selama program tiga hari dua malam, murid-murid ini didedahkan dengan amalan yang baik seperti disiplin diri, berdikari, memiliki rasa tanggungjawab dan bekerja sebagai satu pasukan. “Banyak aktiviti yang kita anjurkan bagi meningkatkan motivasi diri mereka dalam pelajaran antaranya program muhasabah diri, enjoy science and math, slot belajar bahasa Inggeris dan explorace,” katanya ketika di temui pada majlis perasmian Pepsi 2011 di sini. Program tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz. Turut hadir, Pengetua Kolej 16, Dr. Paiman Bawon dan Guru Besar SK Beranang, Yusoff Kamaruddin. Menurut Hazmi, selain meningkatkan kesedaran tentang kepentingan ilmu, program itu juga bertujuan mendekatkan pelajar sekolah dengan suasana persekitaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Sementara itu, Johan dalam ucapannya berharap program itu dapat memberi kesan positif terutama kepada kecemerlangan UPSR pelajar. “Saya amat menggalakkan program seumpama ini yang sedikit sebanyak telah menyumbang kepada kecemerlangan UPSR di daerah Hulu Langat. “Malah program-program ini juga menyebabkan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat telah menduduki tempat kedua terbaik dalam UPSR di Selangor pada tahun lalu. “Pada tahun ini saya berharap kita akan mendapat tempat pertama UPSR dan saya mengharapkan SK Beranang dapat memecahkan rekod yang sedia ada,” katanya. Salah seorang peserta, Ain Farhana Mohd. Farid berkata dia amat bertuah dipilih untuk menyertai program tersebut. “Menyertai program ini menyedarkan saya mengenai kepentingan pelajaran dan bagaimana pelajaran mampu mengubah nasib keluarga,” katanya. 2011-05-30 UPM News PeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12128/1/Pepsi_suntik_semanagat_motivasi_pelajar_UPSR.pdf Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Pepsi suntik semangat motivasi pelajar UPSR. [UPM News] Malay
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
Malay
description SERDANG, 30 Mei - Seramai 80 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Beranang merasai pengalaman berbeza apabila dibawa menyertai program Pemantapan Ilmu dan Pembangunan Sahsiah 2011 (Pepsi) anjuran Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 16 UPM di sini baru-baru ini. Mereka merupakan murid yang akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini. Pengarah Pepsi, Muhammad Hazmi Wahab berkata, program itu merupakan sebahagian dari tanggung jawab sosial Kolej 16 dalam memberi suntikan motivasi dan membina jati diri serta persediaan mental untuk menghadapi peperiksaan UPSR akan datang. “Selama program tiga hari dua malam, murid-murid ini didedahkan dengan amalan yang baik seperti disiplin diri, berdikari, memiliki rasa tanggungjawab dan bekerja sebagai satu pasukan. “Banyak aktiviti yang kita anjurkan bagi meningkatkan motivasi diri mereka dalam pelajaran antaranya program muhasabah diri, enjoy science and math, slot belajar bahasa Inggeris dan explorace,” katanya ketika di temui pada majlis perasmian Pepsi 2011 di sini. Program tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz. Turut hadir, Pengetua Kolej 16, Dr. Paiman Bawon dan Guru Besar SK Beranang, Yusoff Kamaruddin. Menurut Hazmi, selain meningkatkan kesedaran tentang kepentingan ilmu, program itu juga bertujuan mendekatkan pelajar sekolah dengan suasana persekitaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Sementara itu, Johan dalam ucapannya berharap program itu dapat memberi kesan positif terutama kepada kecemerlangan UPSR pelajar. “Saya amat menggalakkan program seumpama ini yang sedikit sebanyak telah menyumbang kepada kecemerlangan UPSR di daerah Hulu Langat. “Malah program-program ini juga menyebabkan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat telah menduduki tempat kedua terbaik dalam UPSR di Selangor pada tahun lalu. “Pada tahun ini saya berharap kita akan mendapat tempat pertama UPSR dan saya mengharapkan SK Beranang dapat memecahkan rekod yang sedia ada,” katanya. Salah seorang peserta, Ain Farhana Mohd. Farid berkata dia amat bertuah dipilih untuk menyertai program tersebut. “Menyertai program ini menyedarkan saya mengenai kepentingan pelajaran dan bagaimana pelajaran mampu mengubah nasib keluarga,” katanya.
format UPM News
author Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
spellingShingle Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Pepsi suntik semangat motivasi pelajar UPSR
author_facet Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_sort Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
title Pepsi suntik semangat motivasi pelajar UPSR
title_short Pepsi suntik semangat motivasi pelajar UPSR
title_full Pepsi suntik semangat motivasi pelajar UPSR
title_fullStr Pepsi suntik semangat motivasi pelajar UPSR
title_full_unstemmed Pepsi suntik semangat motivasi pelajar UPSR
title_sort pepsi suntik semangat motivasi pelajar upsr
publishDate 2011
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12128/1/Pepsi_suntik_semanagat_motivasi_pelajar_UPSR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12128/
_version_ 1643824951539531776
score 13.188404