Pengaruh Alam Semula Jadi Tempatan Dalam Reka Motif Tekstil Melayu Kelantan
Kajian ini adalah untuk mendapat maklumat tentang pengaruh alam semula jadi tempatan dalam reka motif tekstil Melayu di Kelantan. Dengan itu, kajian ini dijalankan di daerah Kota Bharu, Kelantan. Pendekatan kajian kualitatif telah digunakan untuk menyokong analisis. Kaedah kajian ini melibatkan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2000
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11946/1/FRSB_2000_2.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11946/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini adalah untuk mendapat maklumat tentang pengaruh alam
semula jadi tempatan dalam reka motif tekstil Melayu di Kelantan. Dengan itu,
kajian ini dijalankan di daerah Kota Bharu, Kelantan. Pendekatan kajian
kualitatif telah digunakan untuk menyokong analisis. Kaedah kajian ini
melibatkan dua sumber bahan, iaitu sekunder (bahan teks) dan primer (artifak
dan temu bual). Sumber temu bual telah melibatkan 30 informan yang dipilih
berdasarkan sampel bermaklumat secara teknik 'snowballing'. Bahan artifak
pula terdiri daripada 315 jenis yang didapati daripada blok batik dan kain
songket.
Hasil kajian daripada bahan artifak mendapati tumbuh-tumbuhan
merupakan sumber inspirasi yang terpenting, merangkumi 221 jenis (70.16 % ) .
Kajian dari segi pemilihan dan kegunaan motif, mendapati penghasilan motif tumbuh-tumbuhan dibuat berdasarkan keunikan bentuk, sumber yang senang
didapati, sumber makanan dan ubatan. Sumber pemilihan motif daripada
hidupan pula adalah berdasarkan kepentingan dari segi makanan, pengaruh
Hindu dan senang didapati. Motif daripada sumber kosmos dan alam bumi
pula dipilih berdasarkan keunikan dan simbol . Dari segi teknik pula, batik lebih
banyak menghasilkan motif tumbuh-tumbuhan berbanding dengan songket.
Songket merupakan penyumbang terbanyak dalam penggunaan motif sumber
hidupan, kosmos dan alam .
Analisis kajian mendapati bahawa pemilihan motif tumbuh-tum buhan
merupakan sumber utama dalam inspirasi motif tekstil di Kelantan berdasarkan
kesedaran orang Melayu, khususnya seniman dan tukang serta pengguna
terhadap larangan Islam . Analisis kajian ini juga mendapati ketiadaan
kefahaman tentang prinsip reka bentuk menjadikan pengusaha tekstil lebih
gemar meniru motif batik dari dalam dan luar negara. Dalam penghasilan motif
songket pula, didapati penenun tidak lagi menghasilkan motif yang halus dari
segi pembuatan. Penenun biasanya meniru motif yang dibuat pada masa lalu
tanpa memahami falsafah pemilihan asal. Keadaan ini menghalang
pengusaha batik dan songket daripada menjadi lebih kreatif dan inovatif. |
---|