Aspek Pengeluaran Udang Galah Macrobrachium Rosenbergii (De Man) Di Peringkat Semaian
Sistem yang sesuai untuk memelihara M . rosenbergii di peringkat semaian masih belum dipastikan di masa kini. Oleh itu kajian dijalankan bagi mencari penyelesaiannya .Tiga sistem ternakan (tangki, sangkar dan kolam) diuji kesannya terhadap kadar pertumbuhan dan kemandirian pasca-pasca larva spes...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1991
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11765/1/FPSS_1991_1_A.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11765/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sistem yang sesuai untuk memelihara M . rosenbergii di
peringkat semaian masih belum dipastikan di masa kini. Oleh itu
kajian dijalankan bagi mencari penyelesaiannya .Tiga sistem
ternakan (tangki, sangkar dan kolam) diuji kesannya terhadap
kadar pertumbuhan dan kemandirian pasca-pasca larva spesies
ini.Di setiap sistem , dua faktor utama (habitat buatan dan
kadar pelepasan) dikaji . Kadar pelepasan adalah 450/m2 dan
600/m2 untuk tangki, serta 600/m2 dan 1000/m2 untuk sangkar dan
kolam.Kesan-kesan dua bentuk tangki (bulat dan empat segi ) dan
dua kaedah ternakan ( alir n-t erus dan pusingan ) ditangki. dua
set sangkar (pertengahan ruang air dan dasar kolam) dan saiz-saiz
sangkar yang berbeza juga dikaji . Pasca-pasca larva
seberat kira-kira 0.01g digunakan untuk eksperimen .Mereka
diberi makan diet UPM-P40 pada kadar 20% daripada berat badan
setiap hari dan dipelihara di dalam tempoh 4 minggu .
Keputusan daripada kajian menunjukkan pasca-pasca larva M.
rosenbergii mencapai kadar pertumbuhan dan kemandirian yang
lebik baik disangkar dari di kolam dan di tangki {P < 0 . 05 } .Kadar pertumbuhan spesifik di sangkar adalah 83.34% per minggu
dan kadar kemandirian adalab 70. 54% . Secara am penambahan
habitat buatan tidak mempengaruhi kadar pertumbuhan ( P> 0.05) .
tetapi ianya berjaya meningkatkan kadar kemandirian di semua
keadaan kecuali di kolam yang di masukkan habitat di mana kadar
kemandirian adalah 53 .42% berbanding dengan 65.74% di kolam
tanpa habitat ( P < 0 .05) . |
---|