Unsur semiotik dalam puisi Melayu dan Perancis
Puisi merupakan seni kesusasteraan yang menggambarkan corak pemikiran serta adat budaya sesuatu masyarakat. Ketinggian nilai estetika sesuatu puisi dapat dilihat melalui strukturnya yang diperkaya dengan bahasa kiasan serta perlambangan-perlambangan untuk menyampaikan sesuatu mesej secara tidak l...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114250/1/114250.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114250/ http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18143 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Puisi merupakan seni kesusasteraan yang menggambarkan corak pemikiran serta adat
budaya sesuatu masyarakat. Ketinggian nilai estetika sesuatu puisi dapat dilihat melalui
strukturnya yang diperkaya dengan bahasa kiasan serta perlambangan-perlambangan
untuk menyampaikan sesuatu mesej secara tidak langsung. Puisi digunakan untuk
menyampaikan sesuatu nasihat, dan pesanan. Namun begitu, puisi-puisi moden banyak
digunakan untuk meluahkan emosi. Bentuk puisi yang bebas dan padat dengan semiotik
yang bersifat peribadi menyebabkan puisi tersebut menjadi kabur dan sukar difahami
oleh pembaca. Di samping itu, keunikan sesuatu puisi terhasil daripada perbezaan faktor
budaya yang mempengaruhi penggunaan perlambangan masyarakat masing-masing.
Jurang perbezaan budaya ini menyebabkan ketaksaan dalam penyampaian makna
sesuatu puisi ekoran kesukaran memahami perlambangan-perlambangan yang asing
serta berbeza daripada budaya tempatan. Kekaburan unsur semiotik dalam puisi moden,
unsur semiotik yang kompleks serta pemaknaan semiotik yang berbeza antara dua
masyarakat menjadi titik tolak kepada pembentukan kajian ini. Justeru, kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti unsur-unsur semiotik yang terdapat dalam puisi Melayu
dan Perancis serta menganalisis persamaan dan perbezaan unsur semiotik yang
terkandung dalam puisi-puisi tersebut. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian
kualitatif deskriptif serta kaedah analisis dokumen berdasarkan Teori Semiotik Riffaterre
(1978). Sampel kajian yang digunakan ialah sebanyak 30 puisi Melayu dan 30 puisi
Perancis yang bertemakan cinta. Oleh itu, 30 puisi Melayu telah dipilih daripada buku
Malam Ini Malam Berinai (2016), Bercakap dengan Kucing (2014), Dari Cinta Kepada
Cinta (2015), dan Di Atas Perahu Cinta (2014). Manakala 30 puisi Perancis tema cinta
dipilih daripada laman web www.poemes.co, https://www.poesie-francaise.fr/,
https://www.lesvoixdelapoesie.com/ dan https://www.poetica.fr/categories/amour/.
Untuk proses pengenalpastian unsur-unsur semiotik dijalankan berdasarkan Teori
Semiotik Riffaterre (1978) yang menekankan aspek ketidaklangsungan ekspresi,
pembacaan heuristik dan hermeneutik serta penelitian matriks, model dan variasi. Hasil
kajian ini menunjukkan majoriti daripada unsur-unsur semiotik yang digunakan dalam
puisi cinta Melayu ialah unsur alam seperti matahari, langit, bulan, api dan bagi puisi
Perancis padat dengan perlambangan abstrak iaitu fée, la sirène, dan enfer. Namun begitu
itu, terdapat lebih banyak persamaan berbanding perbezaan dari segi makna unsur-unsur
semiotik yang terkandung dalam puisi Melayu dan Perancis. Contohnya penggunaan
malam untuk menunjukkan kesunyian, penggunaan perlambangan bunga sebagai simbol
kepada wanita. Hasil daripada kajian ini, menunjukkan unsur yang berbeza pada
kelompok bahasa yang berbeza. Unsur dominan dalam puisi Melayu ialah unsur Alam
manakala unsur yang dominan dalam puisi Perancis ialah unsur Abstrak. Kajian ini
diharapkan dapat mempertingkatkan kefahaman dalam konteks unsur-unsur semiotik
dalam puisi sekaligus dapat membantu memupuk minat pembaca dalam memahami puisi
Melayu dan Perancis. |
---|