Peralihan bahasa Bajau Sama Kota Belud dalam domain khusus

Masyarakat bahasa Bajau Sama Kota Belud ialah penutur dwibahasa. Majoriti penutur menggunakan bahasa ibunda dan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, fenomena peralihan bahasa Bajau Sama Kota Belud di Sabah jelas sedang berlaku. Hal ini mendorong penyelidik untuk menjalankan kajia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Renddan, Berawati
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114189/1/114189.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114189/
http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18112
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.114189
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.1141892024-12-06T03:40:23Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114189/ Peralihan bahasa Bajau Sama Kota Belud dalam domain khusus Renddan, Berawati Masyarakat bahasa Bajau Sama Kota Belud ialah penutur dwibahasa. Majoriti penutur menggunakan bahasa ibunda dan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, fenomena peralihan bahasa Bajau Sama Kota Belud di Sabah jelas sedang berlaku. Hal ini mendorong penyelidik untuk menjalankan kajian tentang kemerosotan penggunaan kosa kata dan sikap terhadap bahasa ibunda, penggunaan bahasa dalam domain khusus serta faktor-faktor peralihan bahasa per se di Kampung Taun Gusi 1, Kota Belud, Sabah. Sebanyak 300 peserta kajian dipilih mengikut kajian keratan lintang dalam Teori Peralihan Bahasa (Fishman, 1991). Mereka ialah K20an (20-29 tahun), K30an (30-39 tahun), K40an (40-49 tahun) dan K50an (50-59 tahun). Penyelidik melaksanakan kaedah tinjauan dan temu bual berserta soal selidik, nota catatan lapangan dan transkripsi. Penganalisisan data kajian dijalankan dengan aplikasi statistik deskriptif dalam SPSS. Penyelidikan ini menghasilkan tiga penemuan utama. Pertama ialah dimensi peralihan bahasa. Peratus pertuturan bahasa Bajau Sama sebagai bahasa ibunda telah merosot dari satu generasi ke satu generasi dan hanya tinggal 4% dalam kalangan K20an. Bagi pemahaman leksikal Bajau Sama Kota Belud, K20an memenuhi ‘skala implikasi’ Fishman (1991) dengan cara negatif. Pencapaian kata adjektif kumpulan ini hanya 32%, kata kerja (33.9%) dan kata nama (26.9%). Transmisi bahasa antara generasi dalam kalangan K20an adalah pada tahap ‘Terancam’ yang ditafsirkan sebagai ‘Bahasa ibunda digunakan oleh kebanyakan generasi ibu bapa dan ke atas.’ K30an, K40an dan K50an memilih tahap ‘Tidak Selamat’. Respons sikap sangat setuju terhadap bahasa Bajau Sama paling ketara dalam kalangan peserta kajian K50an. Bukti statistik dengan purata 83.00 yang diperoleh K50an adalah yang tertinggi diikuti K30an (48.20), K40an (41.80), dan purata skor merosot dengan ketara sebanyak 23.20 dalam respons K20an. Dalam domain tidak formal seperti kekeluargaan, K20an paling kerap memilih bahasa Melayu. Bagi domain kejiranan, K20an dan K30an lebih kerap menggunakan bahasa Melayu. Semua kumpulan bertutur bahasa Melayu dalam aktiviti jual-beli. Dalam domain formal, iaitu pendidikan, semua kumpulan menggunakan bahasa Melayu. K20an paling kerap menggunakan bahasa Melayu dalam domain keagamaan dan perkhidmatan. K50an masih kekal menggunakan bahasa Bajau Sama Kota Belud dalam domain perkhidmatan. Kedua, faktor- faktor peralihan bahasa per se. Dislokasi fizikal terjadi apabila orang Bajau Sama meninggalkan kampung halaman kerana mobiliti sosial. Dislokasi demografi menunjukkan dari tahun 1991 hingga 2010, penduduk etnik Bajau Sama di Kota Belud, Sabah, telah berkurangan sebanyak 15,865 orang. Bagi dislokasi sosial, interaksi dalam bahasa Melayu ialah proses asimilasi yang lambat-laun menghakis bahasa ibunda. Ketiga, jenis fungsi dwibahasa. Didapati lebih ramai penutur dwibahasa koordinat dalam kalangan peserta kajian daripada dwibahasa kompaun. Dwibahasa koordinat menyumbang kepada alih kod kerana mereka ialah dwibahasa satu sisi. Kesimpulannya, disarankan agar kurikulum bahasa Bajau Sama diperkenalkan dalam sistem pendidikan di sekolah rendah demi mengekalkan daya hidup bahasa tersebut. 2020-10 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114189/1/114189.pdf Renddan, Berawati (2020) Peralihan bahasa Bajau Sama Kota Belud dalam domain khusus. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18112 Code switching (Linguistics) Bilingualism
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
topic Code switching (Linguistics)
Bilingualism
spellingShingle Code switching (Linguistics)
Bilingualism
Renddan, Berawati
Peralihan bahasa Bajau Sama Kota Belud dalam domain khusus
description Masyarakat bahasa Bajau Sama Kota Belud ialah penutur dwibahasa. Majoriti penutur menggunakan bahasa ibunda dan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, fenomena peralihan bahasa Bajau Sama Kota Belud di Sabah jelas sedang berlaku. Hal ini mendorong penyelidik untuk menjalankan kajian tentang kemerosotan penggunaan kosa kata dan sikap terhadap bahasa ibunda, penggunaan bahasa dalam domain khusus serta faktor-faktor peralihan bahasa per se di Kampung Taun Gusi 1, Kota Belud, Sabah. Sebanyak 300 peserta kajian dipilih mengikut kajian keratan lintang dalam Teori Peralihan Bahasa (Fishman, 1991). Mereka ialah K20an (20-29 tahun), K30an (30-39 tahun), K40an (40-49 tahun) dan K50an (50-59 tahun). Penyelidik melaksanakan kaedah tinjauan dan temu bual berserta soal selidik, nota catatan lapangan dan transkripsi. Penganalisisan data kajian dijalankan dengan aplikasi statistik deskriptif dalam SPSS. Penyelidikan ini menghasilkan tiga penemuan utama. Pertama ialah dimensi peralihan bahasa. Peratus pertuturan bahasa Bajau Sama sebagai bahasa ibunda telah merosot dari satu generasi ke satu generasi dan hanya tinggal 4% dalam kalangan K20an. Bagi pemahaman leksikal Bajau Sama Kota Belud, K20an memenuhi ‘skala implikasi’ Fishman (1991) dengan cara negatif. Pencapaian kata adjektif kumpulan ini hanya 32%, kata kerja (33.9%) dan kata nama (26.9%). Transmisi bahasa antara generasi dalam kalangan K20an adalah pada tahap ‘Terancam’ yang ditafsirkan sebagai ‘Bahasa ibunda digunakan oleh kebanyakan generasi ibu bapa dan ke atas.’ K30an, K40an dan K50an memilih tahap ‘Tidak Selamat’. Respons sikap sangat setuju terhadap bahasa Bajau Sama paling ketara dalam kalangan peserta kajian K50an. Bukti statistik dengan purata 83.00 yang diperoleh K50an adalah yang tertinggi diikuti K30an (48.20), K40an (41.80), dan purata skor merosot dengan ketara sebanyak 23.20 dalam respons K20an. Dalam domain tidak formal seperti kekeluargaan, K20an paling kerap memilih bahasa Melayu. Bagi domain kejiranan, K20an dan K30an lebih kerap menggunakan bahasa Melayu. Semua kumpulan bertutur bahasa Melayu dalam aktiviti jual-beli. Dalam domain formal, iaitu pendidikan, semua kumpulan menggunakan bahasa Melayu. K20an paling kerap menggunakan bahasa Melayu dalam domain keagamaan dan perkhidmatan. K50an masih kekal menggunakan bahasa Bajau Sama Kota Belud dalam domain perkhidmatan. Kedua, faktor- faktor peralihan bahasa per se. Dislokasi fizikal terjadi apabila orang Bajau Sama meninggalkan kampung halaman kerana mobiliti sosial. Dislokasi demografi menunjukkan dari tahun 1991 hingga 2010, penduduk etnik Bajau Sama di Kota Belud, Sabah, telah berkurangan sebanyak 15,865 orang. Bagi dislokasi sosial, interaksi dalam bahasa Melayu ialah proses asimilasi yang lambat-laun menghakis bahasa ibunda. Ketiga, jenis fungsi dwibahasa. Didapati lebih ramai penutur dwibahasa koordinat dalam kalangan peserta kajian daripada dwibahasa kompaun. Dwibahasa koordinat menyumbang kepada alih kod kerana mereka ialah dwibahasa satu sisi. Kesimpulannya, disarankan agar kurikulum bahasa Bajau Sama diperkenalkan dalam sistem pendidikan di sekolah rendah demi mengekalkan daya hidup bahasa tersebut.
format Thesis
author Renddan, Berawati
author_facet Renddan, Berawati
author_sort Renddan, Berawati
title Peralihan bahasa Bajau Sama Kota Belud dalam domain khusus
title_short Peralihan bahasa Bajau Sama Kota Belud dalam domain khusus
title_full Peralihan bahasa Bajau Sama Kota Belud dalam domain khusus
title_fullStr Peralihan bahasa Bajau Sama Kota Belud dalam domain khusus
title_full_unstemmed Peralihan bahasa Bajau Sama Kota Belud dalam domain khusus
title_sort peralihan bahasa bajau sama kota belud dalam domain khusus
publishDate 2020
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114189/1/114189.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114189/
http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18112
_version_ 1817844710063996928
score 13.222552