Peranan raja dan pembesar dalam teks Bustan al-Salatin berdasarkan pendekatan al-Nafs al-Muthma'innah al-Ghazali

Kajian ini menganalisis peranan raja dalam teks Bustan al-Salatin (bab ke-3) menggunakan pendekatan al-Nafs al-Muthma’innah al-Ghazali. Selain itu, menganalisis peranan pembesar dalam teks Bustan al-Salatin menggunakan pendekatan al-Nafs al-Muthma’innah al-Ghazali. Seterusnya, kajian juga mengan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mat Rani, Rohayu
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114176/1/114176.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114176/
http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18103
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menganalisis peranan raja dalam teks Bustan al-Salatin (bab ke-3) menggunakan pendekatan al-Nafs al-Muthma’innah al-Ghazali. Selain itu, menganalisis peranan pembesar dalam teks Bustan al-Salatin menggunakan pendekatan al-Nafs al-Muthma’innah al-Ghazali. Seterusnya, kajian juga menganalisis perbandingan peranan raja dan pembesar dalam Bustan al- Salatin berdasarkan pendekatan al-Nafs al-Muthma’innah al-Ghazali. Kajian ini bertitik tolak bahawa persoalan keimanan yang tinggi dan teguh dalam diri golongan raja dan pembesar mempengaruhi keberkesanan sesuatu peranan yang dimainkan. Bagi memenuhi objektif kajian tersebut, pendekatan al-Nafs al-Muthma’innah al-Ghazali digunakan sebagai kayu ukur dalam menilai tahap keimanan dalam diri seseorang raja dan pembesar dalam teks Bustan al- Salatin. Al-Nafs al-Muthma’innah adalah ukuran diri yang sempurna serta memiliki kawalan iman yang kuat dan teguh. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat enam peranan yang dimainkan oleh raja dalam teks kajian iaitu, raja berperanan sebagai hamba Tuhan, pemegang amanah khalifah, ahli ibadat, ketua pemerintah, ketua agama dan pelindung. Manakala bagi empat jawatan pembesar yang ditemui dalam kajian ini ialah kadhi sebagai hakim, wazir sebagai penasihat raja, utusan sebagai wakil raja dan katib sebagai jurutulis raja. Kajian ini juga mendapati empat aspek perbandingan peranan raja dan pembesar berdasarkan al-Nafs al-Muthma’innah al-Ghazali iaitu, dari pembersihan jiwa (taubat), kepatuhan dan ketundukan kepada perintah Allah SWT, penentangan terhadap nafsu syahwat dan pengisian jiwa dengan sifat terpuji (mahmudah). Hasil dapatan juga mendapati bahawa raja-raja yang memiliki tahap keimanan yang tinggi dan teguh mampu memainkan peranan dengan berkesan. Manakala, golongan pembesar pula, tidak semua jawatan pembesar mampu menjalankan peranannya dengan baik, kerana kurang dan