Pembangunan dan keberkesanan Modul Pendedahan Kerjaya terhadap kesedaran kerjaya dalam kalangan murid sekolah rendah
Pendedahan awal berkaitan maklumat kerjaya membantu untuk menerapkan konsep atau identiti kerjaya yang boleh digunakan dalam kerjaya kelak serta kesedaran tentang kerjaya perlu bermula di peringkat awal. Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan modul motivasi yang dinamakan Modul Pendedahan K...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113965/1/113965.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113965/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pendedahan awal berkaitan maklumat kerjaya membantu untuk menerapkan
konsep atau identiti kerjaya yang boleh digunakan dalam kerjaya kelak serta
kesedaran tentang kerjaya perlu bermula di peringkat awal. Tujuan kajian ini
adalah untuk membangunkan modul motivasi yang dinamakan Modul
Pendedahan Kerjaya (MPK) dan mengenal pasti kesannya terhadap kesedaran
kerjaya murid sekolah rendah. Kajian eksperimen telah digunakan bertujuan
untuk menentukan kesan MPK terhadap kesedaran kerjaya murid. Subjek kajian
terdiri daripada 76 orang murid tahun 5 daripada sebuah sekolah di negeri
Kedah yang dipilih secara persampelan rawak mudah. Subjek dibahagikan
kepada kumpulan rawatan (n=38) dan kumpulan kawalan (n=38). Kumpulan
rawatan telah menerima rawatan menggunakan MPK sementara kumpulan
kawalan mendapat bimbingan kerjaya mengikut rutin guru bimbingan dan
kaunseling sekolah. Kesan kesedaran kerjaya murid dianalisis dengan
membandingkan nilai skor ujian pra dan ujian pasca menggunakan Inventori
Kesedaran Kerjaya (IKK). Hasil dapatan ujian-t menunjukkan wujudnya
perbezaan yang signifikan, [t(69) = 4.686, p < .05] antara skor min ujian pasca
bagi kumpulan rawatan dengan skor min ujian pasca bagi kumpulan kawalan
dalam ujian kesedaran kerjaya. Bagi memastikan modul MPK berkesan tanpa
dipengaruhi jantina, ujian ANOVA dua hala dilakukan. Hasil ujian ANOVA [p =
0.113 ˃ 0.05] menunjukkan tidak terdapat kesan interaksi antara rawatan Modul
Pendedahan Kerjaya dengan jantina murid. Secara keseluruhan, kajian ini
menunjukkan modul MPK adalah berkesan dalam membantu mendedahkan dan
meningkatkan kesedaran murid sekolah rendah berkaitan pengetahuan asas
tentang kerjaya. Implikasi praktikal kajian ini mendapati modul MPK boleh
digunakan sebagai satu bahan bimbingan alternatif untuk pendidikan kerjaya
kepada murid. |
---|