Pengaruh pengantara pelibatan guru dalam hubungan antara pelaksanaan pelan strategik organisasi dan kepemimpinan strategik pengetua dengan pencapaian akademik sekolah menengah di Selangor, Malaysia

Pencapaian akademik sekolah merupakan indikator penting kepada kejayaan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Walaupun pencapaian akademik sekolah diakui penting namun, analisis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melaporkan pencapaian akademik di Selangor adalah malar sejak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jaafar, Mariani
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113957/1/113957.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113957/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pencapaian akademik sekolah merupakan indikator penting kepada kejayaan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Walaupun pencapaian akademik sekolah diakui penting namun, analisis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melaporkan pencapaian akademik di Selangor adalah malar sejak tahun 2016. Berikutan fenomena tersebut, pelan strategik organisasi perlu dibentuk secara strategik oleh pengetua dan dilaksanakan bersama guru bagi memulih dan meningkatkan pencapaian akademik sekolah. Namun begitu, kajian yang menilai hubungan antara pelan strategik organisasi dan kepemimpinan strategik pengetua dengan pelibatan guru dan pencapaian akademik sekolah masih kurang mendapat perhatian. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor pelaksanaan pelan strategik organisasi, kepemimpinan strategik pengetua dan pelibatan guru dalam mempengaruhi pencapaian akademik sekolah. Sejumlah 39 buah sekolah menengah kebangsaan harian biasa di Selangor dilibatkan yang ditentukan secara persampelan strata berkadaran dengan 420 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) telah menerima jemputan bagi menyertai kajian. Perisian IBM SPSS versi 25 dan Analysis of Moment Structures (AMOS) versi 24 digunakan bagi menganalisis data secara pengujian deskriptif dan Permodelan Persamaan Berstruktur. Analisis deskriptif menunjukkan tahap pencapaian akademik sekolah adalah memuaskan (M=5.15, SP=0.90) manakala, tahap pelaksanaan pelan strategik organisasi (M=4.75, SP=0.48) adalah agak tinggi dan kepemimpinan strategik pengetua (M=5.80, SP=0.90) adalah pada tahap tinggi. Analisis juga menunjukkan tahap pelibatan guru (M=6.36, SP=0.63) adalah sangat tinggi. Analisis model pengukuran dan model persamaan berstruktur menunjukkan keseluruhan nilai indeks kesepadanan mencapai nilai kebolehterimaan dan mengesahkan model berstruktur adalah fit. Hasil ujian SEM menunjukkan hubungan antara pelaksanaan pelan strategik organisasi dengan pelibatan guru (β=0.224, p<0.001) dan pencapaian akademik sekolah (β=0.140, p<0.05); kepemimpinan strategik pengetua dengan pelibatan guru (β=0.500, p<0.001) dan pencapaian akademik sekolah (β=0.116, p<0.05); dan pelibatan guru dengan pencapaian akademik sekolah (β=0.159, p<0.05) adalah positif dan signifikan. Ujian bootstrapping mendapati pelibatan guru berperanan sebagai pengantara separa dalam hubungan antara pelaksanaan pelan strategik organisasi dan kepemimpinan strategik pengetua dengan pencapaian akademik sekolah. Kajian memberi sumbangan kepada bidang ilmu dengan membangunkan satu model kajian yang menghubungkan keempat-empat pemboleh ubah berasaskan kajian empirikal dan disokong dengan teori dan model. Dalam masa sama, instrumen kajian juga memberi sumbangan kepada bidang penyelidikan yang boleh digunakan dalam kajian akan datang. Selain itu, kajian ini memberi pemahaman yang jelas mengenai hubungan antara pelaksanaan pelan strategik organisasi, kepemimpinan strategik pengetua dan pelibatan guru dengan pencapaian akademik sekolah. Secara keseluruhan, kajian merumuskan pelaksanaan pelan strategik organisasi, kepemimpinan strategik pengetua dan pelibatan guru menyumbang terhadap pencapaian akademik sekolah. Walau bagaimanapun, tindakan pengetua di peringkat melaksana pelan strategik organisasi perlu ditambah baik selain menyusun semula mata pelajaran yang diajar guru mengikut opsyen pengajaran bagi mencapai tahap pencapaian akademik sekolah yang lebih baik. Oleh itu, latihan dan kursus secara berterusan perlu diberi bagi meningkatkan kemahiran dan kualiti pengurusan strategik pengetua.