Persekitaran Dan Serangan Asma Di Kalangan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur Dan Terengganu

Satu kajian perbandingan yang melibatkan kanak-kanak asma di kawasan Kuala Lumpur (tercemar) dan Terengganu (kurang tercemar) telah dijalankan. Melalui persampelan bertujuan seramai 163 orang kanak-kanak asma di Kuala Lumpur dan 38 orang kanak-kanak asma di Terengganu telah dipilih dalam kajian....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jalaludin, Juliana
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1998
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11194/1/FPSK_M_1998_2_A.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11194/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Satu kajian perbandingan yang melibatkan kanak-kanak asma di kawasan Kuala Lumpur (tercemar) dan Terengganu (kurang tercemar) telah dijalankan. Melalui persampelan bertujuan seramai 163 orang kanak-kanak asma di Kuala Lumpur dan 38 orang kanak-kanak asma di Terengganu telah dipilih dalam kajian. Objektif kajian adalah mengkaji pengaruh faktor-faktor persekitaran kediaman dan udara ambien ke atas kekerapan serangan di kalangan kanakkanak asma di Kuala Lumpur dan Terengganu. Kajian berbentuk epidemiologi prospektif ini telah dijalankan dari 26 Jun sehingga 23 November 1 9 96. Borang soal-selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat latarbelakang sosioekonomi, sejarah dan tahap penyakit, manakala kad diari pula digunakan untuk mendapatkan maklumat serangan asma harian. Data kualiti udara di kawasan Kuala Lumpur diperolehi dari Jabatan Alam Sekitar, Kuala Lumpur dan stesyennya terletak di Dewan Bandaraya.