Felcra Sebagai Sebuah Organisasi Pembelajaran

Kajian ini meninjau pendapat staf mengenai Felcra sebagai sebuah organisasi pembelajaran. Seramai 50 orang staf Kumpulan Pengurusan dan Professional dan 150 orang staf Kumpulan Sokongan 1 terlibat di dalam tinjauan ini. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik berstruktur yang ditadbir sendi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Haji Azahari, Suhail
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1997
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11180/1/FPP_L_1997_2.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11180/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini meninjau pendapat staf mengenai Felcra sebagai sebuah organisasi pembelajaran. Seramai 50 orang staf Kumpulan Pengurusan dan Professional dan 150 orang staf Kumpulan Sokongan 1 terlibat di dalam tinjauan ini. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik berstruktur yang ditadbir sendiri oleh responden sebagai peralatan kajian. Statistik deskriptif digunakan untuk menerangkan tentang frekuensi, peratusan, min dan jumlah skor oleh responden. Analisis ujian-t digunakan untuk mengetahui perbezaan pendapat responden dari segi jantina dan kumpulan perkhidmatan. Manakala analisis anova digunakan untuk mengetahui perbezaan pendapat responden dari segi tempoh lama bekerja dan tahap pendidikan mengenai Felcra sebagai sebuah organisasi pembelajaran. Kajian mendapati majoriti responden berpendapat bahawa Felcra sebagai sebuah organisasi pembelajaran pada tahap yang tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan di antara pendapat staf lelaki dan staf wanita,dan signifikan diantara pendapat staf yang berkelulusn SPM ke bawah dengan staf berkelulusan STPM/DIPLOMA dan staf berkelulusan IJAZAH/IJAZAH LANJUTAN.