Pasca Covid-19: cabaran pemimpin instruksional terhadap kemenjadian murid sekolah rendah
Matlamat pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid mencapai perkembangan menyeluruh dan bersepadu berdasarkan pembelajaran berorientasikan pertumbuhan. Namun begitu, pandemik COVID-19 telah memberi kesan signifikan kepada operasi pendidikan. Penutupan institusi pendidik...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Secholian Publication
2023
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/109185/ https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/2181 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Matlamat pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid mencapai perkembangan menyeluruh dan bersepadu berdasarkan pembelajaran berorientasikan pertumbuhan. Namun begitu, pandemik COVID-19 telah memberi kesan signifikan kepada operasi pendidikan. Penutupan institusi pendidikan dalam tempoh panjang menyebabkan murid kehilangan pembelajaran dan menyukarkan perkembangan pertumbuhan mereka. Kemenjadian murid aspek kecemerlangan kognitif, keluhuran sahsiah dan nilai murni serta penglibatan aktif kokurikulum mempunyai hubung kait dengan kepemimpinan pemimpin sekolah. Dapatan kajian lampau menyatakan pemimpin sekolah yang menumpukan pembangunan program pendidikan, kualiti kerja guru dan budaya sekolah ialah kepemimpinan instruksional. Kertas konsep ini menghuraikan cabaran pemimpin instruksional terhadap kemenjadian murid pasca Covid-19. Hasil penelitian, pemimpin instruksional berhadapan cabaran getir bagi membangunkan semula kesejahteraan diri dan potensi murid. Usaha yang teratur dan sistematik diperlukan agar murid pascaCovid-19meraih semula kemahiran dan pengetahuan yang hilang sepanjang pandemik COVID-19. Kesimpulannya, pemimpin sekolah yang merupakan pemimpin instruksional berkualiti tinggi perlu memberi fokus kepada kesejahteraan diri murid khasnya dalam mendepani situasi pasca Covid-19. |
---|