Kajian Tinjauan Persepsi Guru Terhadap Peranan Kenaziran Jemaah Nazir Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mendapatkan persepsl guru-guru terhadap peranan kenaziran Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. Populasi kajian ini adalah terdiri daripada semua guru iaitu Pengetua/Guru Besar, Guru-guru kanan dan guru-guru mata pelajaran yang telah melalui P...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Normah
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1999
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10880/1/FPP_1999_53_A.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10880/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mendapatkan persepsl guru-guru terhadap peranan kenaziran Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. Populasi kajian ini adalah terdiri daripada semua guru iaitu Pengetua/Guru Besar, Guru-guru kanan dan guru-guru mata pelajaran yang telah melalui Pemeriksaan Penuh di Negeri Selangor. Seramai 219 daripada 252 guru yang terlibat sebagai responden kajian ini telah memulangkan soal selidik dengan lengkap. Data telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif peratus min, sisihan piawai, peratusan dan frekuensi. Dapatan kajian menunjukkan 83.2% daripada 2 1 9 responden mengetahui peranan kenaziran Jemaah Nazir Sekolah. Persepsi guru terhadap peranan kenaziran pula menunjukkan tahap setuju dengan nilai min 4. 1 0. Guru juga mempunyai persepsi yang tinggi terhadap keberkesanan peranan kenaziran dengan nilai min melebihi 3 .4. Kajian Inl pada keseluruhannya membuat kesimpulan bahawa kebanyakkan guru mempunyai pengetahuan yang tinggi, mempunyai sikap setuj u dan berpuashati terhadap peranan kenaziran Jemaah Nazir Sekolah. Bagaimanapun terdapat beberapa cadangan guru yang patut diambil kira oleh Jemaah Nazir Sekolah semasa menjalankan pemeriksaan ke sekolah-sekolah. Pendekatan semasa menjalankan tugas pemeriksaan perlu diubah agar dapat menangani cabaran-cabaran terbaru dalam pendidikan.