Hubungan antara kepimpinan pengajaran guru kanan mata pelajaran dan organisasi pembelajaran di sekolah menengah di Perak, Malaysia

Guru kanan mata pelajaran (GKMP) memainkan peranan besar dalam membina dan memupuk persekitaran pembelajaran yang positif melalui amalan kepimpinan pengajaran. Persekitaran kondusif menggalakkan pembelajaran dalam kalangan individu, pasukan dan organisasi di sekolah. Oleh itu amat penting untuk meng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abas, Nurnazahiah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104571/1/NURNAZAHIAH%20BINTI%20ABAS%20-%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104571/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Guru kanan mata pelajaran (GKMP) memainkan peranan besar dalam membina dan memupuk persekitaran pembelajaran yang positif melalui amalan kepimpinan pengajaran. Persekitaran kondusif menggalakkan pembelajaran dalam kalangan individu, pasukan dan organisasi di sekolah. Oleh itu amat penting untuk mengenal pasti dimensi yang memberi impak kepada organisasi pembelajaran. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan pengajaran GKMP dan organisasi pembelajaran di sekolah menengah di Perak. Seramai empat ratus orang guru sekolah menengah di negeri Perak telah dipilih mengikut pensampelan rawak dua peringkat mengikut lokasi sekolah dan guru sebagai responden kajian. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti pengaruh amalan kepimpinan pengajaran terhadap organisasi pembelajaran di sekolah. Dua instrumen berskala Likert telah digunakan untuk mengukur tahap amalan kepimpinan pengajaran GKMP dan tahap organisasi pembelajaran di sekolah iaitu Principle Instructional Management Rating Scale (PIMRS) yang telah diadaptasi serta Dimension of Learning Organization Questionnaire (DLOQ). Dapatan kajian rintis mendapati kebolehpercayaan Chronbach Alpha masing-masing ialah .983 dan .976. Seramai 368 responden daripada empat ratus responden telah memulangkan soal selidik yang dianalisis menggunakan SPSS 22.0. Analisis deskriptif turut digunakan untuk mengukur min, sisihan piawaian, kekerapan dan peratus. Mengikut persepsi guru di dalam kajian ini, GKMP mengamalkan kepimpinan pengajaran pada tahap tinggi (min = 3.82, dan sp = 0.68) begitu juga dengan tahap amalan organisasi pembelajaran adalah pada tahap tinggi (min = 3.88, sp = 0.56). GKMP dilihat menunjukkan amalan kepimpinan paling tinggi bagi dimensi mendefinisikan misi sekolah diikuti mengurus program pengajaran dan mewujudkan iklim pembelajaran positif. Ini memberikan gambaran GKMP jelas dengan matlamat serta standard yang perlu dicapai oleh murid-murid dan guru-guru bagi mencapai kejayaan sekolah. Sementara itu, persepsi guru menunjukkan dimensi paling tinggi bagi organisasi pembelajaran ialah menggalakkan kolaborasi dan pembelajaran berpasukan. Ini menunjukkan guru-guru di sekolah telah pun bersedia dalam usaha mewujudkan sekolah sebagai organisasi pembelajaran. Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan positif sederhana antara dimensi-dimensi kepimpinan pengajaran GKMP dengan organisasi pembelajaran. Daripada ketiga-tiga dimensi kepimpinan pengajaran GKMP, hanya dimensi mewujudkan iklim pembelajaran positif merupakan varian yang signifikan yang menjadi peramal terhadap kejayaan mewujudkan organisasi pembelajaran di sekolah. Hasil penemuan kajian ini menyediakan asas bagi membentuk model kepimpinan sekolah khusus bagi guru kanan mata pelajaran yang lebih mantap dalam konteks meningkatkan perkembangan profesionalisme dan nilai produktiviti guru serta pencapaian sekolah. Peranan GKMP dalam usaha membentuk sekolah sebagai organisasi pembelajaran amat penting. Oleh itu fokus dan usaha perlu diberikan bagi menambah baik amalan yang masih kurang diamalkan terutama mewujudkan iklim pembelajaran yang positif.