Pembentukan modal insan melalui pembangunan belia positif dalam kalangan komuniti Seni Silat Cekak Malaysia
Kajian ini meneroka pembentukan modal insan melalui pembangunan belia positif (PYD) yang dilaksanakan oleh komuniti pesilat dalam memenuhi aspirasi p embanguna n komuniti belia di negara ini. Pada dasarnya, kebanyakan kajian berkaitan pembangunan komuniti sebelum ini sering memberikan tumpuan kep...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104391/1/Shukri%20-IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104391/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini meneroka pembentukan modal insan melalui pembangunan belia positif
(PYD) yang dilaksanakan oleh komuniti pesilat dalam memenuhi aspirasi
p embanguna n komuniti belia di negara ini. Pada dasarnya, kebanyakan kajian berkaitan
pembangunan komuniti sebelum ini sering memberikan tumpuan kepada proses
melibatkan penyertaan komuniti dalam proses pemulihan dan pengukuhan struktur
sosio ekonomi mereka. Namun ka jian ini cuba memberikan sesuatu kelainan dalam
perspektif pembangunan komuniti dengan menfokuskan kepada usaha pembentukan
sahsiah unggul dalam kalangan komuniti Melayu melalui kegiatan persilatan yang
dilaksanakan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) yang merupakan
sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan Organisasi Berasaskan Komuniti (OBK) yang
bercirikan pertubuhan seni beladiri.
Kajian ini dijalankan dalam bentuk kualitatif telah menggunakan kaedah kajian kes
bagi menerangkan peran an yang d imainkan oleh ahli ahli komuniti Persatuan Seni Silat
Cekak Malaysia (PSSCM) dalam pembentukan modal insan dengan sahsiah unggul
hasil pembelajaran ilmu persilatan sejak dari tahun 1965 hingga kini. Komuniti silat ini
dipilih sebagai subjek kajian kes berd asarkan dari pengalaman serta kejayaan mereka
membangunkan komuniti Melayu Muslim melalui sistem pembelajaran, adab, adat dan
budaya ilmu persilatan tersebut.
Seramai 21 orang ahli Jawatankuasa PSSCM di peringkat Ibu Pejabat, Negeri dan dari
ins titusi pe ngajian tinggi seperti Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sains
Malaysia (USM) terlibat sebagai peserta kajian ini. Di antara mereka 11 orang adalah
Jawatankuasa Tertinggi PSSCM yang berumur antara 36 hingga 67 tahun yang
berpengalaman terlibat selama 3 hingga lebih 40 tahun di dalam PSSCM. Selain itu, 10
orang lagi terdiri dari kalangan mahasiswa yang merupakan belia berumur antara 22 hingga 24 tahun yang terlibat sebagai Ahli Ja
wa ta n k u as a Tertinggi PSSCM di universiti
masing masing. S ebany ak 1 1 sesi temubual diadakan secara berkumpulan di negeri
Kedah, Pulau Pinang dan Lembah Kelang selain aktiviti pemerhatian di lapangan serta
menganalisa dokumen dokumen sebagai kaedah pengumpulan data.
Dapatan kajian menunjukkan melalui kaeda
h pem bela jaran dan penghayatan ilmu Seni
Silat Cekak telah berjaya membentuk sahsiah sahsiah unggul dalam kalangan komuniti
belia Melayu. Pencapaian tersebut bersesuaian dengan aspirasi negara dalam
membentuk modal insan yang berkualiti dalam kalangan beli a. Si fat sifat seperti
hormat menghormati, memiliki keyakinan diri, kekukuhan jati diri serta kesukarelawan
telah meletakkan ahli ahli komuniti ini sebagai agen perubahan sosial yang aktif dalam
menyatupadukan komuniti pesilat yang kesannya telah menyumban g kep ada kestabilan
negara. Ia merupakan sebuah tanggungjawab sosial dan perkhidmatan yang dimainkan
oleh komuniti PSSCM dalam membangunkan negara ini.
Kajian
kajian ilmiah mengenai penglibatan pertubuhan dan persatuan silat dalam aspek
pembentukan moda l ins an m elalui PYD yang melahirkan komuniti belia yang
bersahsiah unggul begitu terhad pada masakini. Justeru kajian penyelidikan ini boleh
menjadi perintis yang melihat usaha usaha dilakukan oleh komuniti Seni Silat Cekak
Malaysia dalam membangunkan pote nsi i ndiv idu dan komuniti melalui kaedah
pembelajaran dan amalan ilmu persilatan. Semoga kajian mengenai sumbangan
PSSCM dalam pembangunan komuniti ini dapat mengisi kekurangan dalam
kajian kajian akademik sedia ada selain dapat membantu rujukan kajian leb ih
me ndal am terhadap fungsi ilmu silat pada masa masa akan datang. |
---|