Penerapan elemen kerohanian dalam program penjagaan kebersihan sekolah menengah di Selangor, Malaysia

Kebersihan kawasan persekitaran yang baik mendorong pelestarian sebuah tamadun yang stabil. Pada tahun 2004, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah atau Program 3K. Program ini merupakan penambahba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Ayup, Mohd Taufik
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104384/1/MOHD%20TAUFIK%20BIN%20MOHD%20AYUP%20-IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104384/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kebersihan kawasan persekitaran yang baik mendorong pelestarian sebuah tamadun yang stabil. Pada tahun 2004, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah atau Program 3K. Program ini merupakan penambahbaikan daripada program sedia ada yang merangkumi tiga program yang berasingan iaitu Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah yang telah dimulakan pada tahun 1991. Program ini nampak berjaya mengubah pemandangan kawasan sekolah yang lebih ceria dan selamat. Selain itu, Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar turut mengadakan aktiviti memperkasakan budaya alam sekitar di sekolah dengan mewujudkan satu lagi program alam sekitar yang dinamakan Sekolah Lestari : Anugerah Alam Sekitar yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Program tersebut bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang mementingkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan sekali gus secara tidak langsung turut terlibat dalam usaha menjaga kebersihan sekolah. Namun akhirnya sebenarnya, kawasan sekolah yang bersih, ceria dan selamat yang dipersembahkan tidak semestinya menggambarkkan budaya dan tingkah laku positif warga sekolah dalam menjaga kebersihan, keselamatan dan keceriaan kawasan sekolah. Hal ini kerana dari sudut yang lain, kes denggi kian meningkat dari masa ke masa. Air yang bertakung akibat sampah sarap menjadikan tempat pembiakan nyamuk aedes. Kes denggi yang kian meningkat menunjukkan bahawa sampah sarap kian meruncing. Keupayaan akademik pelajar semakin cemerlang kian tahun. Namun masalah kebersihan pula semakin meruncing kian tahun. Apakah kecemerlangan akademik tidak membantu mengurangkan sampah sarap atau menjadikan manusia lebih berakhlak mulia? Apakah sebenarnya persepsi pelajar dan masyarakat terhadap penjagaan kebersihan kawasan persekitaran? Untuk itu, perlu dirujuk kembali Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1996 yang telah menggariskan bahawa usaha-usaha pendidikan negara ini adalah melahirkan insan yang berpotensi secara menyeluruh dan seimbang yang menerapkan empat elemen asas iaitu intelek, emosi, jasmani dan rohani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Objektif kajian ini berhasrat melihat bagaimanakah penerapan elemen kerohanian dan mengenal pasti keberkesanan Program 3K dengan mengenal pasti persepsi, tingkah laku positif dan pembentukan sahsiah pelajar. Data dikumpul melalui pengedaran borang soal selidik. Alat kajian yang telah digunakan adalah dibina sendiri. Soal selidik diedarkan kepada 382 pelajar di negeri Selangor. Data yang diperoleh diproses dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 20. Teknik analisis deskriptif digunakan untuk menilai tahap pengetahuan dan persepsi, ujian-t untuk melihat perbezaan antara pelajar bandar dengan luar bandar dan korelasi bagi melihat perkaitan tahap pengetahuan pelajar terhadap tingkah laku pelajar. Keputusan boleh disimpulkan bahawa tahap pengetahuan pelajar terhadap Program 3K tidak mendorong perilaku positif pelajar dalam menjaga kebersihan kawasan persekitaran. Hal ini disebabkan oleh pelaksanaan dan penerapan aspek kerohanian begitu lemah dan tidak diberikan perhatian dalam membina perilaku dan jati diri pelajar. Hal ini tidak menepati FPK yang bermatlamatkan pelajar yang seimbang dan menyeluruh dengan menerapkan empat komponen iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Hasil kajian melihat beberapa perkara penting. Antaranya; 1) secara keseluruhan pengetahuan pelajar terhadap Program 3K adalah pada tahap yang sederhana; 2) secara keseluruhan penerapan elemen-elemen Kerohanian dalam program penjagaan kebersihan dalam Program 3K adalah pada tahap sederhana; 3) persepsi pelajar terhadap keberkesanan Program 3K di sekolah khususnya komponen kebersihan adalah persepsi positif; 4) tingkah laku pelajar terhadap penjagaan kebersihan di luar kawasan sekolah adalah tingkah laku positif; 5) persepsi pelajar terhadap tanggungjawab menjaga kebersihan adalah perspektif yang negatif; dan 6) perkaitan songsang antara tahap pengetahuan dengan tingkah laku pelajar iaitu semakin tinggi tahap pengetahuan pelajar semakin rendah akhlak pelajar.