Campur Kod dan Alih Kod: Suatu Analisis Sosiolinguistik dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

Kajian ilmiah ini dijalankan untuk mengenal pasti fenomena campur kod dan alih kod di kalangan pelajar-pelajar di dua buah sekolah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar, Pulau Pinang (luar bandar) dan Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4, Selangor (bandar). Sebanyak tiga puluh sembilan sampe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nazir, Faridah
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10315/1/FBMK_2003_17.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10315/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ilmiah ini dijalankan untuk mengenal pasti fenomena campur kod dan alih kod di kalangan pelajar-pelajar di dua buah sekolah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar, Pulau Pinang (luar bandar) dan Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4, Selangor (bandar). Sebanyak tiga puluh sembilan sampel dipilih di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat aliran Sains. Kajian ini meneliti jenis-jenis campur kod dan alih kod, tujuan melakukannya, faktor-faktor ekstralinguistik yang menyebabkan pelajar-pelajar melakukannya serta sarna ada kedua-dua fenomena tersebut membantu pelajar memahami sesuatu topik perbincangan. Data kajian ini dikumpulkan ketika perbincangan topik karangan dan merumuskan karangan bahasa Melayu melalui teknik pemerhatian langsung dengan dibantu oleh kaedah rakaman spontan, catatan diari bahasa dan borang maklumat diri pelajar. Melalui data yang dikumpulkan didapati bahawa campur kod yang dilakukan di sekolah luar bandar ialah pada peringkat perkataan, frasa dan imbuhan manakala di sekolah bandar campur kod pada peringkat perkataan, kata hubung dan penggandaan perkataan dilakukan. Alih kod yang dilakukan di sekolah luar bandar pula ialah pada peringka lausa dan frasa sahaja. Manakala di sekolah bandar aIih kod yang dilakukan ialah pada peringkat klausa, frasa dan ayat. Faktor-faktor ekstralinguistik yang menyebabkan kedua-dua fenomena berlaku ialah peserta, ciri fizikal, kecekapan bahasa, minat kepada sesuatu bahasa, hubungan erat antara penutur dengan orang yang disapa, situasi dan topik. Campur kod dilakukan dengan tujuan menunjukkan keupayaan peribadi dan ketepatan sesuatu mesej serta celahan di sekolah bandar dan luar bandar dengan tambahan tujuan untuk petikan dan menjelaskan sesuatu mesej di sekolah bandar. Alih kod pula dilakukan untuk menunjukkan keupayaan peribadi dan ketepatan sesuatu mesej serta penjelasan mesej. Dua tujuan serentak, iaitu penjelasan mesej dan celahan dilakukan di sekolah luar bandar manakala tujuan untuk menentukan orang yang disapa menerima mesej dan pengulangan dilakukan di sekolah bandar. Campur kod dan alih kod membantu pelajar-pelajar mengemukakan idea-idea bernas berkaitan topik perbincangan. Secara tidak langsung, karangan dan rumusan yang dihasilkan lebih baik daripada segi isinya kerana tiada masalah kekangan bahasa. Walaupun begitu, campur kod dan alih kod bukanlah bentuk bahasa yang disarankan ketika pembelajaran bahasa Melayu tetapi hanya dicadangkan penggunaannya ketika perbincangan dijalankan memandangkan fungsi bahasa Melayu baku yang penting.