Komunikasi Kepemimpinan dalam Organisasi: Analisis Konsep dan Amalan dalam Tiga Organisasi Terpilih

Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh tentang konsep dan amalan komunikasi kepemimpinan dalam tiga organisasi pengurusan kualiti terpilih. Oleh yang demikian, pendekatan penyelidikan kualitatif paling sesuai dan telah digunakan untuk mencapai objektif kaji...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Raja Abd. Rahman, Raja Roslan
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10261/1/FBMK_2003_10.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10261/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh tentang konsep dan amalan komunikasi kepemimpinan dalam tiga organisasi pengurusan kualiti terpilih. Oleh yang demikian, pendekatan penyelidikan kualitatif paling sesuai dan telah digunakan untuk mencapai objektif kajian ini. Kriteria lokasi kajian adalah organisasi yang telah memperoleh anugerah persijilan MS ISO 9000 antara tahun 1994 hingga 2002 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor daripada SIRIM Berhad. Manakala, informan kajian terdiri daripada tujuh orang pengurusan atasan dan sembilan orang kakitangan bawahan yang dipilih secara persampelan bertujuan (purposive sampling) dan pemilihan informan dilakukan melalui snowball selection method. Penemuan kajian kes ini menunjukkan pemlmpm atasan perlu mengamalkan kepelbagaian kemahiran komunikasi termasuk komunikasi secara atas ke bawah (downward communication), komunikasi bawah ke atas (upward communication), dan komunikasi mendatar (horizontal communication) untuk meningkatkan tahap komunikasi kepemimpinan dengan kakitangan bawahan dalam organisasi mereka. Selain itu, pemimpin atasan juga perlu menggunakan komunikasi formal dan tidak formal, komunikasi intrapersonal dan interpersonal, serta media dan komunikasi teknologi maklumat (lCT) kerana ia merupakan kemahiran yang penting kepada kedua-dua pihak dalam organisasi. Pemimpin juga harus mempelbagaikan strategi dan gaya komunikasi kepemimpinan dalam organisasi termasuk mengamalkan strategi memahamkan visi, misi dan objektif organisasi kepada kakitangan bawahan. Seterusnya, pemimpin juga perlu bijak menggunakan strategi penyelesaian masalah dan membuat keputusan dengan meningkatkan motivasi dan psikologi, dan mengatasi halangan komunikasi dalam organisasi mereka. Ini kerana kemampuan seseorang pemimpin atasan bergantung kepada pemahamannya tentang situasi organisasi termasuk memahami kepentingan imej peribadi, kewibawaan, dan kuasa serta memahami budaya, sikap, dan nilai di kalangan kakitangan bawahan mereka. Penemuan kajian kes ini membuktikan dengan menggunakan pendekatan kepemimpinan transformasi dan pengurusan altruistik dalam Islam, pemimpin dapat meningkatkan kualiti dan kepuasan pelanggan, serta memastikan pengekalan anugerah MS ISO 9000 dalam organisasi mereka. Kesimpulannya, pemimpin atasan yang mengamalkan komunikasi kepemimpinan dalam organisasi dapat berinteraksi dengan kakitangan bawahan mereka dengan lebih efektif dengan mempelbagaikan kemahiran komunikasi, menggunakan strategi dan gaya komunikasi kepemimpinan yang bijak, dan memahami situasi organisasi mereka.