Pengaruh dan Kesan Aktiviti Seks Siber di Kalangan Pengguna Internet di Malaysia
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong pengguna Internet di Malaysia melibatkan diri di dalam aktiviti seks siber serta menilai kesan dan pengaruh aktiviti ini ke atas mereka. Kajian ini telah dijalankan ke atas pengguna Internet yang berdaftar sebagai ahli kepada empat k...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10251/1/FBMK_2003_6.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10251/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong pengguna Internet di Malaysia melibatkan diri di dalam aktiviti seks siber serta menilai kesan dan pengaruh aktiviti ini ke atas mereka. Kajian ini telah dijalankan ke atas pengguna Internet yang berdaftar sebagai ahli kepada empat kumpulan diskusi Internet yang bertemakan seks di Malaysia. Seramai 303 orang ahli daripada kumpulan tersebut secara sukarela bersetuju menjadi responden kajian dan menjawab soal selidik kajian secara online. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan
antara tempoh penggunaan Internet untuk tujuan seks siber dengan kesan ke atas tingkahlaku seksual, hubungan keluarga, motivasi belajar dan motivasi kerja. Hasil kajian juga menunjukkan ciri-ciri interaktif yang dimiliki oleh
Internet, kebolehrahsiaan identiti individu atau anonymity, keselesaan ketika melayari Internet, kemudahan capaian ke atas bahan-bahan pornografi di Internet menerusi penggunaan WWW, e-mel dan kumpulan diskusi Internet - newsgroup serta faktor untuk melepaskan diri daripada tekanan kerja atau
belajar telah dikenalpasti antara faktor-faktor yang mendorong pengguna Internet di Malaysia melibatkan diri di dalam aktiviti seks siber ini. Faktorfaktor tersebut juga mempunyai perkaitan yang signifikan dengan kesan ke atas
tingkahlaku seksual, hubungan keluarga, motivasi belajar dan motivasi kerja. Dari aspek kesan aktiviti seks siber, secara umumnya hasil kajian mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara jantina, bangsa, kategori umur, status perkahwinan, kategori responden dan tahap pendidikan
dengan kesan aktiviti seks siber ke atas tingkahlaku seksual, hubungan keluarga, motivasi belajar dan motivasi kerja. Walau bagaimanapun hasil kajian mendapati wujud perbezaan yang signifikan antara kategori responden dengan
kesan aktiviti seks siber ke atas hubungan keluarga. Manakala dari aspek tempoh penggunaan Internet untuk tujuan seks siber, hasil kajian menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan antara responden yang masih bujang dan responden yang sudah berkahwin dengan tempoh penggunaan Internet. Sebaliknya hasil kajian mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara jantina, bangsa, kategori umur, kategori responden dan tahap pendidikan dengan tempoh penggunaan Internet untuk tujuan seks siber. Keseluruhan hasil dapatan kajian telah menyokong Model Ketagihan Seks Siber - ACE (Anollymity, Convcnicncc, Escrzpc) yang disarankan oleh Kimberly Young. |
---|