Konflik kerja-keluarga, sokongan sosial keluarga dengan depresi dalam kalangan anggota polis di Jabatan Siasatan Jenayah di Selangor

Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan perkaitan antara konflik kerjakeluarga dan sokongan sosial keluarga dengan depresi dalam kalangan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah di Selangor. Seramai 336 anggota polis yang bekerja di Jabatan Jenayah telah dipilih sebagai responden kajian ini. Bor...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Johari, Mohammad Arif, Ahmad, Sa’odah, Ismail, Zanariah
Format: Article
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/102070/
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/18108
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan perkaitan antara konflik kerjakeluarga dan sokongan sosial keluarga dengan depresi dalam kalangan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah di Selangor. Seramai 336 anggota polis yang bekerja di Jabatan Jenayah telah dipilih sebagai responden kajian ini. Borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden telah digunakan untuk mengumpul data. Skala Work-Family Conflict Scale dan Family-Work Conflict Scale oleh Netemeyer, Boles & McMurrian (1996) digunakan untuk mengukur tahap konflik kerja-keluarga. Sokongan sosial keluarga (emosi dan instrumental) pula telah diukur dengan menggunakan Family Support Inventory for Workers oleh King, Mattimore, King & Adams (1995). Tahap depresi diukur dengan menggunakan skala Depression Anxiety Stress Scale (DASS-21) oleh Lovibond & Lovibond (1995). Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara konflik kerja-keluarga, sokongan emosi dan sokongan instrumental dengan depresi responden. Kajian ini juga mendapati sokongan instrumental merupakan faktor peramal yang paling mempengaruhi depresi responden. Kajian ini menyimpulkan bahawa sokongan sosial keluarga dan persekitaran kerja-keluarga perlu diberi penekanan dalam sebarang program intervensi depresi anggota polis.