Cacat pendengaran dari aspek linguistik klinikal

Cacat pendengaran atau pekak merupakan salah satu masalah dalam kecatatan fizikal yang memerlukan bantuan dalam aspek komunikasi. Lazimnya, individu yang mengalami masalah cacat pendengaran mempunyai penguasaan bahasa yang terhad. Hal ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd. Nasir, Siti Noridayu, Abdul Halim, Hazlina, Yahaya, Ahmad Shuib
Format: Article
Published: USIM PRESS 2022
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/100575/
https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/423
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Cacat pendengaran atau pekak merupakan salah satu masalah dalam kecatatan fizikal yang memerlukan bantuan dalam aspek komunikasi. Lazimnya, individu yang mengalami masalah cacat pendengaran mempunyai penguasaan bahasa yang terhad. Hal ini kerana, masalah dalam pemerolehan bahasa kesan daripada pendengaran yang tidak jelas. Oleh itu, kajian ini bertujuan melihat aspek sebutan perkataan dalam bahasa pertama oleh individu cacat pendengaran. Kemudian, membincangkan aspek sebutan perkataan yang terhasil dengan linguistik klinikal. Selain itu, kajian ini mengaplikasikan Teori Behaviorisme yang dipelopori oleh Jonh Broadus Watson yang melibatkan analisis bagi dapatan kajian ini. Responden kajian ini adalah seorang wanita cacat pendengaran yang menggunakan implan koklea bagi bantuan pendengaran. Terdapat sepuluh item makanan dan minuman yang perlu disebut oleh responden bagi melihat sebutan ujaran. Dapatan kajian ini memperlihatkan responden kajian memerlukan rangsangan untuk mendapat bahasa bagi membetulkan sebutan perkataan. Hal ini kerana, perkataan yang diungkapkan oleh responden hanya mendapat penekanan daripada belakang perkataan sahaja. Manakala, suku kata hadapan perkataan mengalami perubahan dari segi pengguguran, penambahan dan penggantian suku kata serta huruf. Malah, terdapat pengaruh penggunaan dialek utara dalam sebutan perkataan minuman. Oleh yang demikian, masalah dalam sebutan berlaku kerana pendengaran yang tidak jelas dan kurangnya penekanan pada sebutan awalan suku kata perkataan oleh orang sekelilingnya. Adalah diharapkan kajian ini dapat membantu individu cacat pendengaran bagi meningkatkan aspek pemerolehan bahasa pertama mereka.