Spesifikasi Personaliti Reka Bentuk Skuter Berdasarkan Citarasa Pengguna

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji citarasa pengguna terhadap personaliti reka bentuk skuter. Terdapat tiga segmen reka bentuk iaitu visceral, behavioural dan reflective. Segmen ini mengandungi enam elemen personaliti reka bentuk iaitu estetika, persepsi, emosi, fungsi, visual dan keperlua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khatijah, Binti Hanapi
Format: Thesis
Language:English
Published: University Malaysia Sarawak, UNIMAS 2013
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/9311/1/KHATIJAH.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/9311/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji citarasa pengguna terhadap personaliti reka bentuk skuter. Terdapat tiga segmen reka bentuk iaitu visceral, behavioural dan reflective. Segmen ini mengandungi enam elemen personaliti reka bentuk iaitu estetika, persepsi, emosi, fungsi, visual dan keperluan. Elemen estetika, persepsi dan emosi dikategorikan dalam segmen visceral manakala segmen behavioural terdiri daripada elemen fungsi, visual dan keperluan. Elemen bagi segmen behavioural (fungsi, visual, keperluan) telah diekstrak kepada tujuh faktor utama citarasa pemilihan pengguna. Faktor-faktor yang tersenarai ialah motif pembelian, sebab pemilihan spesifikasi, faktor pemilihan jenama/model, ciri-ciri kualiti, tarikan reka bentuk, konsep rekaan dan kebolehpercayaan jenama. Menerusi dua kaedah utama penyelidikan iaitu kualitatif dan kuantitatif, hasil kajian telah mengenalpasti tiga faktor berpotensi dalam citarasa pemilihan pengguna iaitu tarikan reka bentuk, konsep rekaan dan kebolehpercayaan jenama. 3FB (3 Faktor Berpotensi) ini telah dinilai terhadap model skuter melalui soalan penanda aras (benchmarking). Penilaian dilakukan berdasarkan lapan ciri-ciri personaliti reka bentuk yang diekstrak menerusi 3FB yang mana model-model skuter yang terlibat merangkumi model standard dan yang telah diubahsuai. Hasilnya, kajian mendapati pengguna mempunyai citarasa terhadap reka bentuk skuter yang berinovatif dari sudut fungsinya serta stail dari sudut personalitinya yang berteraskan 3FB iaitu tarikan reka bentuk, konsep rekaan dan kebolehpercayaan jenama.