Melayu Sarawak : Sejarah yang hilang

Pensejarahan ialah istilah yang dicipta untuk erti yang sama dengan istilah Inggeris historiography. Pensejarahan ialah satu bidang kajian tentang karya sejarah dan membuat penilaian yang kritis berlandaskan teori dan idea sejarah. Memandangkan sejarah ialah ilmu yang cuba mengkaji tindak-tanduk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sanib, Said
Format: Book
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS) 2013
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/8300/3/Melayu%20Sarawak%20sejarah%20yang%20hilang%2010pgs.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/8300/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pensejarahan ialah istilah yang dicipta untuk erti yang sama dengan istilah Inggeris historiography. Pensejarahan ialah satu bidang kajian tentang karya sejarah dan membuat penilaian yang kritis berlandaskan teori dan idea sejarah. Memandangkan sejarah ialah ilmu yang cuba mengkaji tindak-tanduk manusia pada masa silam yang bergantung pada sumber fakta yang tidak pernah lengkap, maka pengkaji terpaksa menggunakan teori tertentu, spekulasi, andaian dan tafsiran.Dengan menggunakan semua ini pengkaji akan terpengaruh dengan pendekatannya dan sentimennya. Apabila perkara ini berlaku, maka karya sejarahnya akan dinilai sama ada objektif atau subjektif, benar atau palsu, atau unsur bias dan mempunyai centricism tertentu. Bagaimanapun, tiada seorang pun sejarawan yang boleh objektif dan maha adil kerana setiap insan membesar dan dididik dengan berbagai-bagai pengaruh yang akan mewarnai cara seseorang itu melakukan penyelidikan dan kemudian menulis karya sejarahnya dengan sudut pentafsiran dan analisis yang tersendiri. Kesukaran ini pernah mencetuskan definisi sejarah sendiri daripada seorang sejarawan Jerman, von Ranke 2 dengan manteranya, "wie eseigentlichgewesen " (semata-mata untuk memaparkan apa-apa yang berlaku). Bagaimanapun, ada sejarawan berpendapat sekiranya sejarah hanya catatan mengenai apa-apa yang berlaku pada masa silam, maka kajian dan karya sejarah akan menjadi chronicle, senarai peristiwa yang membosankan tanpa sebarang erti. Untuk mengelakkan daripada keadaan sedemikian, maka sejarawan E. H. Carr mendefinisikan sejarah sebagai pentafsiran masa silam. Bagaimanapun, tafsiran sedemikian kadangkala membuat karya sejarah menjadi bahan kontroversial apabila berlaku pentafsiran yang mempunyai kecenderungan tertentu. Dalam kerangka dan suasana seperti ini pensejarahan Sarawak boleh disoroti juga.